in ,

Coach Mempersembahkan Pengalaman Konsert Maya Bersama Def Jam Sea

COACH Memperkenalkan Koleksi Musim Luruh 2021

Coach mempersembahkan pengalaman konsert maya bersama Dej Jam SEA, sekaligus merupakan konsert maya pertama yang bakal diadakan di rantau Asia Tenggara. Acara konsert bakal berlangsung pada hari Khamis, 24 Jun jam 9:00 malam (GMT+8 Malaysia & Singapura) dan pada jam 8:00 malam (GMT+7 Thailand & Indonesia) yang akan berlangsung secara serentak di Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia.

Pengalaman konsert maya Coach x Def Jam SEA adalah bertujuan untuk merapatkan masyarakat dengan pendekatan moden namun berunsur nostalgia terhadap muzik yang diinspirasikan daripada era 80-an, sealiran dengan komitmennya dalam memperkenalkan artis baharu dan pada masa akan datang.

Coach Mempersembahkan Pengalaman Konsert Maya Bersama Def Jam Sea

Menampilkan tiga belas artis daripada empat negara dari serata Asia Tenggara, acara maya secara langsung tersebut bakal dihangatkan dengan penampilan oleh penyanyi rap terkenal Malaysia, Joe Flizzow, artis hip-hop Inggeris-Tamil, Yung Raja, penyanyi rap Amerika-Thai, DABOYWAY, dan penyanyi rap dari Indonesia, Rayi Putra.

Barisan artis itu juga melibatkan penulis serta penyanyi rap yang pernah merangkul pelbagai anugerah seperti SonaOne yang merupakan penerbit dan penulis, penyanyi  rap sedang meningkat naik, Yonnyboii, dan penyanyi rap wanita, SYA.

Kesemua artis yang terbabit bakal memperagakan koleksi Musim Luruh 2021 Coach ketika konsert tersebut berlangsung. Diilhamkan oleh Pengarah Kreatif Coach iaitu Stuart Vevers dengan visi free-spirited Coach, koleksi Musim Luruh ini menggabungkan hasil seni berzaman jenama tersebut dengan pakaian sukan Amerika, memperkenalkan gabungan klasik-moden dengan pakaian sukan ala vintaj yang sangat menarik.

Bermula 9 sehingga 17 Jun, pelanggan akan menerima pautan dan kata laluan ke pengalaman konsert maya Coach x Def Jam SEA dengan sebarang pembelian. Pelanggan juga boleh membuat pembelian dari rumah dengan perkhidmatan “Coach on Delivery”, di mana mereka boleh menghubungi pegawai jualan yang akan membantu pembelian mereka melalui nombor WhatsApp outlet-outlet yang terdapat disini.

Layari disini untuk maklumat lebih lanjut mengenai konsert maya tersebut.

Coach Mempersembahkan Pengalaman Konsert Maya Bersama Def Jam Sea

MENGENAI COACH

Coach merupakan sebuah jenama fesyen global yang ditubuhkan di New York pada tahun 1941. Diilhamkan melalui visi Pengarah Kreatifnya, Stuart Vevers, dengan menerapkan semangat berani tempat asalnya, jenama tersebut menghasilkan produk bermutu tinggi, tahan lama – agar dapat digunakan pada jangka masa yang lama.

Coach adalah jenama di bawah Tapestry, Inc. Tapestry merupakan sebuah syarikat tersenarai awam di New York Stock Exchange di bawah simbol ticker TPR. 

Coach Mempersembahkan Pengalaman Konsert Maya Bersama Def Jam Sea

MENGENAI DEF JAM SOUTH EAST ASIA

Sejak diperkenalkan, Def Jam SEA sudah beberapa kali mencipta sejarah, mempamerkan kehebatan muziknya di pelbagai acara berprofil tinggi seperti Culture Cartel 2019 di Singapura, dan bertanggungjawab membawa masuk peruncit sukan global JD Sport ke dalam pasaran Thai semasa majlis pelancarannya di Bangkok.

Dengan pengaruh hip-hop yang semakin meluas secara global, Def Jam hanya menunggu masa memperkasakan jenamanya di rantau Asia Tenggara, boleh dikatakan muzik mereka menjadi penanda aras dan melangkaui sempadan. Label ini juga bertanggungjawab memperkenalkan lebih banyak bakat luar biasa dari rantau ini, diantaranya Abubakarxli dari Malaysia, Ben Utomo dan Rayi Putra dari Indonesia, dan mempelawa bakat dari Vietnam dan Filipina ke dalama keluarga besar mereka, yang diwakili oleh label seperti SeaChains dan VVS Collective.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Black Musim 2 Lebih Gempak & Menarik, Boleh Layan di Viu, Apa Kata Baca Sinopsis Dulu!

Saranghae Buat Peminat Jatuh Cinta Pada Meer Nash