in ,

Kuih Penjaram Dikomersilkan Dalam Program RONA SABAH di RTM

Sebut sahaja kuih muih tradisional pastinya orang ramai dapat membayangkan keenakkan makanan tersebut. Sekadar menyebut beberapa nama kuih tradisional seperti kuih lapis, kuih seri muka dan banyak lagi, memang digemari semua tanpa mengira lapisan umur.

Apatahlagi ia sesuai dimakan bila-bila masa dengan rasanya yang memikat hati. Boleh dijadikan makanan sarapan pagi begitu juga dimakan sewaktu minum petang bersama yang tersayang. Tidak terkecuali dengan kuih yang satu ini iaitu kuih penjaram. Apakah itu kuih penjaram? Bagaimanakah bentuk dan rasanya?

Semasa pendemik COVID-19 mula melanda negara dan Perintah Kawalan Pergerakan bermula, kuih Penjaram tiba-tiba viral di media sosial. Perkara ini menarik perhatian seorang pelajar UMS sehingga menjadikan penjaram ini sebagai tajuk kajian kursusnya. 

Namun pa yang menarik mengenai kuih penjaram ini? RTM berkongsi mengetahui info berkaitan sejarah, cara membuat dan jenis-jenisnya dalam program “Rona Sabah” dalam episod ‘Penjaram’ pada 23 Jun 2021 (Rabu), pukul 10.00 malam di TV1.

Di samping itu, kajian pelajar ini juga mendapati, penjaram ini boleh dikomersialkan dengan pendekatan inovasi penjualannya. Luangkan masa anda dengan perkongsian menarik ini di RTM.

Menariknya program ini juga akan bersiaran di TV Okey pada 24 Jun ini, pukul 12 tengah hari. Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama LOVE, ELSA Lakonan Julung Kali Zul Ariffin Bersama Uyaina Arshad

Sinopsis Drama Bersiri BUDAK TEBING 2 Lakonan Adam Lee