in , ,

Program KUALI SEJOLI & CHOCO HUNTER, Program Menarik Terbaharu di TV Okey

Kedua-dua program terbaharu ini disiarkan RTM menerusi saluran TV Okey yang boleh diikuti menerusi platform Astro Saluran 146 dan MYTV Saluran 110.

Sepanjang bulan Jun ini Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyediakan pengisian program-program yang bakal menyuntik inspirasi anda semua dan menambah info dalam diri anda tentang bermacam perkara termasuklah kemahiran memasak juga info menarik berkaitan tentang produk koko yang menjadi kesukaan rakyat Malaysia.

Menggabungkan konsep percutian dan masakan bersama-sama selebriti tempatan, saksikan program majalah “Kuali Sejoli” yang telah pun bersiaran episod pertamanya mulai 29 Mei lalu, setiap Sabtu, pukul 10.00 malam.

Menampilkan pengacara Qi Razali, program ini mengundang selebriti jemputan dan pasangan termasuklah Wany Hasrita, Didi Astilah, Erwin Dowson, Zulin Aziz, Reen Rahim, Adeline Tsen, Adam Lee, Fizo Omar, Hafidz Roshdi, Farah Hazel, Raja Ilya, Sweet Qismina dan Fikry Ibrahim.

Fizo Omar sebagai tetamu program ini

Tidak kurang menariknya program diberi tajuk “Choco Hunter” menemui penonton bermula 22 Jun ini, setiap Selasa, pukul 11.00 pagi. Penonton berpeluang mengikuti hos Viviena Alfred mengembara hampir ke seluruh negara untuk mendapatkan maklumat proses penanaman dan pemprosesan koko serta pembuatan coklat.

Luangkan masa menyaksikan dua program ini yang juga boleh diikuti menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

salah satu episod Kuali Sejoli

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

5 Things to Know About Marvel Studios’ LOKI, Debuts Today on Disney+ Hotstar

TV AlHijrah Lancar Kempen Jom Vaksin Untuk Memerangi Wabak Covid-19