FaceTime tampil tepat pada waktunya memandangkan situasi sekarang lebih kerap memaksa pengguna untuk sentiasa melakukan kerja dalam talian.
FaceTime merupakan ciri panggilan video yag ditawarkan oleh Apple untuk pengguna peranti mereka – sekaligus memudahkan komunikasi, terutamanya ketika era bekerja dan belajar dari rumah kini.
Terbaru, dengan lebih ramai mula bergantung kepada sokongan panggilan video, Apple mengumumkan kebolehan bukan pengguna Apple menggunakan ciri FaceTime.
Bermula ciri FaceTime yang akan datang bersama iOS15 kelak, pengguna peranti Apple boleh menjadualkan panggilan FaceTime – dan seterusnya berkongsi pautan untuk disertai oleh pengguna peranti Android, mahupun melalui web.
Ia kini mempunyai spatial audio, audio isolation dimana membuang segala bunyi persekitaran yang tidak diingini serta mod potret. Selain itu, apa yang paling menarik adalah FaceTime Links yang membolehkan pengguna daripada aplikasi lain untuk berhubung dengan perbualan di FaceTime. Akhir sekali adalah SharePlay, fungsi seperti yang ada pada aplikasi lain, iaitu membolehkan pengguna berkongsi skrin, mendengar muzik atau menonton video strim bersama-sama.
Tiada aplikasi disediakan, sebaliknya Apple menggunakan kelebihan teknologi web untuk tujuan berkenaan.
Ciri ini bakal ditawarkan oleh Apple untuk pengguna melalui kemaskini IOS 15 kelak.
Message atau iMessage juga menerima pembaharuan seperti photo stack yang lebih mudah untuk melihat gambar yang dihantar dengan banyak.
Selain itu, terdapat juga fungsi “Share with you” seperti “drag and drop” pautan dan paling menarik perhatian adalah “Live Text” yang mana boleh memilih (select) tulisan yang ada pada gambar dan menukarkannya dalam bentuk teks.
Apple iOS 15 Akan Hadir Dengan Sokongan Notifikasi Lebih Baik – Termasuk Mod Fokus
Apple hari ini telah mengumumkan beberapa perkara baharu yang bakal disertakan pada iOS 15 kelak. Salah satunya adalah sokongan notifikasi dan kawalan peranti anda dengan lebih baik lagi.
Notifikasi kali ini dilihat lebih tersusun dengan adanya ringkasan (notification summary). Pengguna juga boleh menetapkan notifikasi mana yang lebih utama untuk diterima dalam tempoh tertentu.
Untuk permulaan, apabila pengguna mengaktifkan ciri Do Not Disturb, peranti anda akan memaparkan status pada aplikasi yang mengintegrasikannya – seperti Messages – sekaligus membolehkan rakan anda mengetahui anda sedang mempunyai tugasan lain, atau tengah tidur, atau inginkan masa untuk diri anda sendrii.
Disamping itu, pada bahagian notifikasi, ia menawarkan kemaskini pada rekaan, dan menariknya turut membawakan kaedah baharu dalam memperlihatkan ringkasan notifikasi kepada anda. Dengan ini, ia akan memudahkan anda mengikuti pelbagai perkembangan dengan pantas.
Apple juga akan menambah ciri dinamakan mod “Focus” yang membolehkan anda mengehadkan notifikasi yang dihantar kepada anda ketika sebgaai contoh, bekerja. Ketika mod berkenaan diaktifkan, ia akan lebih memfokuskan kepada notifikasi daripada rakan sekerja, dan aplikasi yang berkaitan dengan kerja sahaja. Aplikasi lain akan dikurangkan notifikasinya.
Dalam erti kata lain, mod tersebut memberikan pengguna pengawalan yang lebih banyak berbanding sebelum ini.
Antara lainnya adalah memories pada Photos yang lebih cantik dan tidak bosan, “Keys”serta Apple ID dalam Wallet, aplikasi weather menerima animasi baharu, peta Apple Maps yang lebih terperinci, antaramuka Safari baharu, privasi dipertingkatkan dan banyak lagi.
Apple turut akan memberikan anda ruangan untuk menetapkan dan mengoptimasikan – supaya anda lebih fokus ketika melakukan sesuatu tugasan. Menariknya, apabila sesuatu mod diaktifkan, ia juga boleh diselarikan untuk semua peranti lain.
Ciri ini akan ditawarkan bersama sejumlah ciri baharu lain melalui iOS15 kelak.
iPadOS 15 Diumumkan Dengan Sokongan Multi-Tugasan Lebih Baik, Lebih Widget, Quick Notes
Apple hari ini telah memperkenalkan iOS15 untuk iPhone, dan turut mengumumkan iPadOS 15 untuk tablet mereka, iPad.
iPadOS 15 akan memfokuskan kepada sejumlah perkara – terutamanya dalam menjadikan iPad sebagai sebuah mesin tugasan produktiviti yang lebih menyeluruh.
Untuk tujuan berkenaan, kini ia menawarkan sokongan multi-tugasan lebih baik. Pengguna kini boleh menggunakan dua aplikasi secara bersebelahan dengan mudah, disamping pada masa yang sama memaparkan pelbagai tetingkap yang sedang aktif pada bahagian bawah peranti – memudahkan anda bertukar tetingkap dan melihat aplikasi yang aktif.
Disamping itu, iPadOS kini menawarkan sokongan widget yang lebih menyeluruh – termasuk bersaiz besar. Apple turut menambah sebuah talam aplikasi bagi memudahkan anda mengakses senarai penuh aplikasi – dan membolehkan anda menyembunyikan skrin utama yang tidak diperlukan.
Apple juga turut menjadikan iPadOS lebih menarik melalui integrasi Quick Notes – membolehkan anda mencatatkan nota dan mengaksesnya melalui sebarang aplikasi dengan mudah.
Apple iPadOS 15 ini dijangka diperkenalkan kepada keluarga tablet iPad dalam masa beberapa bulan lagi.
Apple Umum Ciri Live Text – Membaca Teks Daripada Gambar
Apple hari ini telah mengumumkan beberapa ciri-ciri baharu yang akan hadir bersama iOS 15, dan salah satunya adalah Live Text.
Melalui Live Text, ia akan menggunakan kecerdasan buatan dalam membolehkan pengguna memilih teks yang terdapat pada gambar. Ini akan memudahkan pengguna dalam beberapa perkara – sebagai contoh dalam bilik darjah, merakamkan gambar resit, mengakses kepada nombor telefon pada gambar, dan sebagainya.
Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu tap pada ikon Live Text ketika mengakses gambar, dan seterusnya tap pada bahagian teks pada gambar berkenaan. Anda seterusnya boleh menyalin teks berkenaan – atau turut tap dan membuat panggilan sekiranya ia merupakan nombor telefon.
Apple mengatakan ciri yang lebih kurang sama seperti Google Lens ini boleh digunakan pada iPhone, iPad dan Mac kelak pada tahun ini melalui kemaskini perisian terbaru mereka.
Apple Umum macOS Monterey Dengan Ciri Universal Control
Bersama-sama pengenalan sistem operasi versi baharu untuk iPhone dan iPad, pihak Apple hari ini turut memperkenalkan sistem operasi akan datang untuk Mac, iaitu macOS Monterey.
Sistem operasi ini akan menawarkan pelbagai ciri-ciri yang hadir bersama iPhone dan iPad, disamping turut menawarkan ciri baharu yang dinamakan Universal Control.
Melalui Universal Control, sehingga tiga peranti boleh dihubungkan, dan satu tetikus digunakan untuk tujuan kawalan. Dengan langkah ini, pengguna boleh menggunakan satu tetikus sama untuk mengerakkan dokumen dari iPad ke MacBook, atau dari iPad ke iMac, dan sebagainya.
Langkah ini akan melakukan proses produktiviti lebih pantas berbanding kebiasaan yang memerlukan anda beralih-alih peranti.
Disamping itu, Apple juga mengumumkan Mac akan menerima sokongan Shortcuts – seperti pada iPhone, bagi memudahkan anda melakukan sesuatu tugasan berulang dengan lebih pantas.
macOS Monterey ini dijangka akan ditawarkan secara percuma kepada pelbagai pengguna sistem operasi Mac sedia ada dalam masa beberapa bulan lagi.
Safari Menerima Kemaskini Antaramuka – Menyokong Pemalam Pada iPad Dan iPhone
Bersama-sama pengenalan kemaskini untuk sistem operasi, Apple juga turut telah mengumumkan kemaskini untuk pelayar web terpantas mereka, iaitu Safari.
Safari kini menerima kemaskini antaramuka, menjadikannya lebih minimalis dan kemas untuk diakses.
Menariknya juga, kini Apple memperkenalkan ciri Tab Groups – yang mana membolehkan anda menghimpunkan dan mengumpulkan sejumlah tab dibawah satu kumpulan untuk diakses pada kemudian masa. Langkah ini menjadikan pelayaran web anda lebih kemas dan teratur, dan tidak bercampur dengan pelayaran web untuk tugasan lain.
Pada masa yang sama, Apple turut mengumumkan yang mana sokongan pemalam akan ditawarkan untuk pengguna Safari di iPhone dan iPad. Dengan langkah ini, ia akan memudahkan pengguna pemalam di desktop, turut menikmati pengalaman sama pada peranti mudah-alih masing-masing.
Safari versi baharu ini dijangka hadir dengan versi baharu iOS, iPadOS dan macOS kelak.
Apple Menambah Pelindung Penjejak Pada Mail Dan Safari – Memastikan Privasi Pengguna Terjamin
Apple hari ini turut mengumumkan penambah-baikkan penawaran privasi pada perisian mereka – sekaligus menekankan lagi perang terhadap penjejak web di luar sana, dan memastikan privasi pengguna kekal terjamin.
Untuk tujuan berkenaan, kini pada Mail, ia akan melindungi alamat IP pengguna dengan menyembunyikannya, dan pada masa yang sama mengelak sebarang penjejak pada emel daripada memantau anda.
Pada hari ini, terdapat beberapa penjejak digunakan pada emel – terutamanya dalam mengetahui pengguna telah membuka sesuatu emel atau sebaliknya.
Disamping pada Mail, Apple juga akan mengintegrasikan ciri pelindung pada Safari – dimana ia akan melindungi alamat IP pengguna ketika melayari web, tetapi memastikan prestasi kelajuan pelayaran web pantas seperti biasa.
Apple Umum iCloud+ Untuk Pengguna Berbayar iCloud – Menyertakan VPN Dan Pelindung Alamat Emel
Apple sedia menawarkan pelan langganan iCloud yang hadir dengan akses kepada storan awan. Hari ini, Apple turut mengumumkan penawaran tambahan untuk pelanggan berkenaan, dinamakan iCloud+.
iCloud+ memfokuskan kepada ciri tambahan memfokuskan privasi. Dua ciri yang mungkin diminati pengguna tempatan adalah ciri Private Relay yang berfungsi seumpama VPN ketika menggunakan pelayar web Safari. Ini sekaligus membolehkan identiti pelayar dilindungi dan tidak dapat dijejak.
Disamping itu, Apple turut mengumumkan ciri Hide My Email yang membolehkan anda menjana alamat emel rawak untuk digunakan sementara – dan memadamnya jikalau tidak diperlukan. Alamat emel ini mungkin boleh digunakan untuk sesuatu tawaran di web dan sebagainya.
Apple mengatakan tiada sebarang harga tambahan diperlukan, dan boleh dinikmati bersama harga langganan iCloud sedia ada. Pengguna iCloud percuma tidak akan menikmati ciri ini.
iPhone Yang Akan Terima Kemaskini iOS 15
Apple hari ini telah mengumumkan iOS 15 yang hadir dengan sejumlah pembaharuan – termasuk antaranya adalah sokongan FaceTime yang ditambah-baik, sokongan pemalam pada Safari, privasi lebih baik pada Safari dan Mail, ciri-ciri baharu pada Messages, kebolehan mengimbas teks daripada gambar, susunan notifikasi lebih baik dan sejumlah ciri baharu lain.
Bersama-sama dengan pengumumannnya, kini Apple telah mengumumkan peranti yang akan menerima sokongan iOS 15.
Berikut merupakan siri peranti yang akan menerima kemaskini iOS 15 dalam masa beberapa bulan lagi:
- iPhone 12, iPhone 12 Mini, iPhone 12 Pro, iPhone 12 Pro Max
- iPhone 11, iPhone 11 Pro, iPhone 11 Pro Max
- iPhone XS & iPhone XS Max
- iPhone XR
- iPhone X
- iPhone 8 & iPhone 8 Plus
- iPhone 7 & iPhone 7 Plus
- iPhone 6s & iPhone 6s Plus
- iPhone SE & iPhone SE (2020)
- iPod Touch (Gen-7)
Apple iOS 15 Akan Hadir Dengan Sokongan Notifikasi Lebih Baik – Termasuk Mod Fokus
Apple hari ini telah mengumumkan beberapa perkara baharu yang bakal disertakan pada iOS 15 kelak. Salah satunya adalah sokongan notifikasi dan kawalan peranti anda dengan lebih baik lagi.
Untuk permulaan, apabila pengguna mengaktifkan ciri Do Not Disturb, peranti anda akan memaparkan status pada aplikasi yang mengintegrasikannya – seperti Messages – sekaligus membolehkan rakan anda mengetahui anda sedang mempunyai tugasan lain, atau tengah tidur, atau inginkan masa untuk diri anda sendrii.
Disamping itu, pada bahagian notifikasi, ia menawarkan kemaskini pada rekaan, dan menariknya turut membawakan kaedah baharu dalam memperlihatkan ringkasan notifikasi kepada anda. Dengan ini, ia akan memudahkan anda mengikuti pelbagai perkembangan dengan pantas.
Apple juga akan menambah ciri dinamakan mod “Focus” yang membolehkan anda mengehadkan notifikasi yang dihantar kepada anda ketika sebgaai contoh, bekerja. Ketika mod berkenaan diaktifkan, ia akan lebih memfokuskan kepada notifikasi daripada rakan sekerja, dan aplikasi yang berkaitan dengan kerja sahaja. Aplikasi lain akan dikurangkan notifikasinya.
Apple turut akan memberikan anda ruangan untuk menetapkan dan mengoptimasikan – supaya anda lebih fokus ketika melakukan sesuatu tugasan. Menariknya, apabila sesuatu mod diaktifkan, ia juga boleh diselarikan untuk semua peranti lain.
Ciri ini akan ditawarkan bersama sejumlah ciri baharu lain melalui iOS15 kelak.
==

*Sumber: Amanz