Terbaharu, sebuah lagi kaedah yang agak mengejutkan ramai tersebar di mana seorang lelaki menunjukkan penggunaan bahan peluntur Clorox yang didakwa mampu membunuh wabak COVID-19 dalam badan. Lebih mengejutkan, beliau dilihat turut meminum segelas air teh yang dicampur bersama peluntur Clorox.
Difahamkan video yang tular ini berlaku lebih empat bulan lalu di mana pak cik berkenaan aktif mengesyorkan penggunaan peluntur Clorox untuk membunuh COVID-19.
Dakwaan beserta tindakan untuk minum peluntur Clorox nyata mengejutkan netizen serta menimbulkan kerisauan sekiranya ‘kaedah’ ini ditiru oleh mereka yang percaya dengannya. Berikut antara respon netizen mengenai video berikut yang sedang tular.
Dimaklumkan pemahaman menggunakan peluntur Clorox bukan sahaja tersebar di Malaysia malah turut dipercayai sebilangan kecil individu di Amerika Syarikat. Sekitar tahun lalu, laman Forbes mendedahkan kaedah yang mampu merosakkan badan ini telah digunakan sebilangan rakyat Amerika Syarikat yang percaya peluntur mampu menjadi penyembuh.
Sehubungan dengan itu, dinasihatkan agar orang ramai tidak menggunakan peluntur untuk diminum kerana mampu merosakkan tubuh badan berikutan kandungannya yang mampu menghakis. Diharap mesej ini dapat disampaikan agar video yang kini sedang tular di aplikasi WhatsApp ini tidak menjadi ikutan.