in ,

Maki Hamun Catriona Ross, Suhaimi Saad Tak Setuju Ulasan Balik Kampung Ketika PKP

Siapa tak kenal dengan bekas penyanyi nasyid kumpulan In-Team Suhaimi Saad, yang dulu dengan mengatakan bumi ini flat dan macam-macam lagi kenyataan dikeluarkan sampai pernah menjadi viral.

Terbaru Suhaimi sekali lagi jadi perhatian ramai apabila memuat naik posting di Instagram dan dilihat begitu marah kepada pelakon dan pengacara Catriona Ross.

Ceritanya macam ni, beberapa hari yang lepas Catriona atau membahasakan dirinya sebagai Kak Kek ada memuat naik satu video di akaun Instagramnya.

Dalam video tersebut, Kak Kek meluahkan rasa kesal dan kecewanya terhadap perangai segelintir masyarakat kita yang terlampau menyalahkan kerajaan tapi sampai tak sedar itu adalah salah kita sendiri.

Hal ini yang pertama adalah kerana Kak Kek berasa geram dengan sikap mereka yang masih ingin pulang ke kampung pada hari raya yang lalu sehingga wujudnya kluster Aidilfitri. Selain itu, dia juga kesal apabila ramai yang menyuarakan ketidak puasan hati mereka apabila kerajaan nak buat full lockdown yang berkuat kuasa hari ini sedangkan rakyat sendiri yang meminta.

“Catriona Ross, simpan kau punya bodoh dan bingai tu,”

– Suhaimi Saad

Perkongsian Catriona ini menjadi perhatian dan mendapat sokongan ramai kerana menganggap kata-katanya ini sangat masuk akal.

Suhaimi Saad bela rakyat?

Kita balik pula kepada Suhaimi Saad ni, dia menganggap tindakan Catriona tu sebagai tak wajar kerana turut mengeluarkan kata-kata yang agak kasar dalam videonya itu. Dia turut mengingatkan supaya Catriona tidak berasa megah selepas berkata sebegitu.

“Amboii.. Sedap dan nampak puas,klimak sangat bila kau dapat kata rakyat ni se tu pid dan bingai eh.

“jangan megah sangat la dapat buat macam tu kak.” – tulisnyanya di ruangan kapsyen.

Tambah Suhaimi lagi, dia menyuruh supaya Kak Kek untuk memahami nasib rakyat sebab tak semua alami masalah yang sama.

Selain itu, dia turut berkata bahawa rakyat dah cukup sabar dengan segala arahan dikeluarkan oleh kerajaan kerana dah setahun lebih pandemik ini berlaku.

Amboii.. Sedap dan nampak puas,klimak sangat bila kau dapat kata rakyat ni se tu pid dan bingai eh.jangan megah sangat la dapat buat macam tu kak. kau kena faham yang masalah dan keperluan orang ni tak sama.jangan buat baju satu saiz,lepas tu nak paksa semua orang pakai baju dengan saiz yang sama. tu lagi bingai. dah setahun lebih kot orang patuh,taat,ikut,sabar.

so kau nak suruh rakyat ni puji dan bagi pingat ke kat kerjaan?simpan la kau punya bodoh dan bingai tu. jangan tunjuk sangat. nanti orang meluat.

Di hujung perkongian Suhaimi mengingatkan kepada Catriona lagi supaya menyimpan perangainya itu sebab takut orang ramai meluat. Selain dia meletakkan hashtag menyatakan kenyataannya itu adalah untuk membela rakyat.

Harap-harap isu ini tak dipanjangkan lagi, semoga kedua-kedua pihak dapat selesaikan dengan elok. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kes Saman Fitnah Siber, Abu Syafiq Akui Tidak Suka Saman Menyaman

Ain Edruce Dedah Wajah Anak, Namakan Sebagai Soraya di Youtube Miliknya