Berikutan insiden yang berlaku, seorang pengguna di Facebook iaitu Mufarwa Farid yang merupakan seorang peguam tampil menjelaskan hak sebagai penumpang yang terlibat dalam kemalangan berkenaan. Berikut merupakan penjelasan daripada beliau.
1. Bolehkah penumpang yang tercedera saman pemilik LRT?
Ya, sememangnya boleh.
2. Apakah yang boleh mangsa kemalangan penumpang LRT saman?
Para penumpang yang terlibat dalam kemalangan berkenaan berpeluang saman melibatkan ganti rugi yuran perubatan, ganti rugi kesakitan, ganti rugi kecederaan emosi, ganti rugi kerugian sekiranya tidak dapat bekerja disebabkan kemalangan ini dan lain-lain lagi.
3. Berapakah jumlah yang bakal diterima mangsa?
Sukar untuk diagak. Sekiranya untuk letakkan harga, mungkin harga sekitar RM5,000 sehingga RM50,000. Akan tetapi, mungkin juga kurang atau lebih bergantung kepada tahap serius kecederaan dan nilai kehilangan.
4. Adakah masing-masing perlu mendapatkan khdimat peguam?
Ya. Carilah peguam yang pakar dalam hal melibatkan saman sivil seperti ni. Ada beberapa peguam yang mahir bab-bab ni dan ada yang tidak. Pilihlah peguam yang boleh dipercayai.
Malah, para mangsa boleh menggunakan satu peguam yang sama dan menjalankan saman secara kolektrif di mana yuran guamannya nanti boleh dibahagikan.
5. Bilakah saman boleh dibuat?
Saman boleh dibuat secepat mungkin. Walau bagaimanapun, lebih baik saman dijalankan lepas mendapat laporan perubatan. Bagi elok dahulu luka-luka kecederaan dan barulah fikir tentang isu saman.
6. Sekiranya sudah mempunyai insurans, bolehkah saman diteruskan?
Insurans adalah insurans manakala saman adalah saman. Dua perkara berbeza dan mangsa kemalangan layak mendapat kedua-duanya.
7) Sekiranya ada yang maut, bagaimanakah proses dapat dibuat
Difahamkan tidak ada mangsa yang terkoban dalam kes ini. Walau bagaimanapun, sekiranya ada, pihak keluarga yang berpeluang menjalankan saman.
8. Mengapa pemilik LRT perlu dipersalahkan sedangkan perkara ini tidak dijangka boleh berlaku.
Sebab perkara ini tidak dijangka menyebabkan insiden ini boleh disaman kepada pihak yang bertanggungjawabbenda tak jangka lah. Sekiranya sebut kemalangan, semua orang tak jangka.
Sekiranya syarikat sudah ambil langkah pencegahan sepenuhnya, tetapi insiden masih berlaku, kemungkinan mereka boleh terlepas. Tetapi sekiranya tedapat bukti syarikat berkenaan tidak mengambil langkah pencegahan sepenuhnya, maka, mereka bersalah.
9) Sekiranya penumpang tidak cedera secara fizikal tetapi mengalami trauma, adakah saman masih boleh dijalankan?
Boleh. Akan tetapi ganti ruginya mungkin tidak sebanyak yang cedera fizikal
10) Sampai bilakah mangsa boleh menjalankan saman?
Tempoh mangsa kemalangan boleh saman adalah enam tahun lepas kemalangan. Lepas enam tahun, saman susah nak dilayan.
Dalam pada itu, kita doakan agar kesemua penumpang dalam keadaan selamat dan sejahtera serta tidak alami kesusahan dan dipermudahkan urusan. Moga kesemua dapat keadilan sewajarnya.