in ,

Perbankan Islam Malaysia Terus Berkembang Pesat Tatkala Dunia Dilanda Pandemik

Perbankan Islam Malaysia Terus Berkembang Pesat Tatkala Dunia Dilanda Pandemik Justeru Menyediakan Pelbagai Peluang Pembangunan Bakat Baru Di Dalam Industri Kewangan Islam

Tatkala rakyat semakin positif dapat menghela nafas lega untuk menjalani kehidupan secara normal semula, negara diserang dengan gelombang ketiga pandemik global yang menyaksikan kenaikan secara mendadak kes-kes COVID-19. Dalam kekalutan ini, Fitch Ratings, iaitu sebuah agensi penarafan kredit, telah menyatakan keyakinannya bahawa beberapa sektor ekonomi akan terus berkembang walaupun berhadapan dengan cabaran pandemik COVID-19. Salah satu diantaranya adalah sektor perbankan Islam.

Menurut Dr. Azura Othman, Ketua Pegawai Eksekutif, Chartered Institute of Islamic Finance Professionals (CIIF), “Faktor utama ketahanan sektor perbankan Islam adalah berdasarkan kepada prinsip kewangan Islam itu sendiri, iaitu perkongsian risiko dan ganjaran. Logik di sebalik prinsip ini adalah untung dan rugi dikongsi di antara bank dan pelanggan- pelanggannya, bersandarkan kepada aset fizikal berbeza dari pinjaman berdasarkan faedah di mana risiko kebanyakannya ditanggung oleh peminjam.

Kaedah ini berasal dari prinsip Islam yang mementingkan serta menegakkan keadilan sosial dan amat menggalakkan prinsip ekuiti dalam sebarang transaksi kewangan”.

Diperkasakan oleh prinsip ini, bank yang berpaksikan Islam dan kaedah Shariah amat berpandangan jauh dalam usaha mempersediakan diri dalam pelbagai situasi yang berisiko tinggi, seperti COVID-19, dan memastikan agar ianya efektif. Analisis yang dilaporkan oleh Fitch Ratings sekaligus mengukuhkan lagi fakta bahawa perbankan Islam telah begitu bersedia untuk bersemuka dengan pelbagai krisis ekonomi.

Ini diperkuatkan lagi dengan elemen fleksibiliti sektor perbankan Islam berbanding perbankan konvensional.

Menurut agensi penyelidikan antarabangsa, Pew Research, jumlah penganut Islam di dunia bertambah dua kali ganda dari populasi dunia itu sendiri. Pada tahun 2060, dianggarkan terdapat lebih kurang 3 bilion Muslim di dunia – iaitu pertambahan sebanyak 70% berbanding tahun 2015. Samada mereka berada di Asia, Eropah, Timur Tengah atau benua Afrika, generasi Muslim yang seterusnya bakal memiliki dua persamaan iaitu, usia yang muda dan teknologi yang semakin berkembang.

Perkembangan institusi yang berpaksikan prinsip Shariah adalah bergantung kepada kedua- dua elemen ini dan kemampuan untuk memperkasakan generasi baru dengan inovasi dan teknologi tinggi.

Pada masa kini, sudah terdapat beberapa inisiatif untuk pembangunan kerangka pengawalseliaan antarabangsa berkenaan kewangan Islam. Negara-negara seperti Malaysia, Indonesia, Qatar dan Kuwait telahpun mengambil langkah-langkah penting ke arah pemusatan dan mempermudahkan polisi pematuhan kewangan Shariah negara masing-masing.

“Di CIIF, kami melihat ini situasi ini sebagai satu peluang untuk mengembangkan potensi jangka panjang industri perbankan Islam dan prospek besar bagi Malaysia untuk menyumbangkan bakat-bakat baru yang berkemahiran tinggi di dalam bidang ini. Perbankan Islam menitik beratkan beberapa elemen penting seperti standard industri yang tinggi, kecanggihan ilmu pengetahuan serta kualiti servis yang amat berintegriti.

Dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab bagi pihak-pihak yang relevan untuk mempersiapkan serta membekalkan bakat-bakat baru industri dengan akreditasi dan kemahiran yang bersesuaian agar dapat memastikan kemajuan industri ini di masa hadapan. Ini dapat direalisasikan dengan pelbagai program yang disediakan oleh CIIF, yang ditubuhkan untuk mengukuhkan kredibiliti dan meningkatkan status pakar-pakar professional di dalam bidang kewangan Islam di Malaysia.

CIIF percaya bahawa Malaysia mempunyai kemampuan besar untuk mengasah bakat-bakat baru di dalam industri kewangan Islam bukan sahaja untuk memenuhi kehendak pasaran semasa malah mengukuhkan lagi kedudukan negara ini sebagai antara pembekal utama ahli-ahli profesional yang berkualiti tinggi di dalam industri”, jelas Dr. Azura.

Sila lawati www.ciif-global.org untuk makumat lanjut About CIIF (dalam Bahasa Inggeris)

Dr Azura

Established in 2015, the CIIF is a professional body for qualified practitioners in the Islamic finance industry. Its primary mandate is to set standards for professional education and qualifications in Islamic finance for its members, and to regulate its members through the Code of Ethics and Standards of Professional Conduct.

The CIIF is also mandated to spur the professionalisation of the Islamic finance industry by collaborating with industry associations, regulators, government agencies, education and training providers, and other relevant stakeholders through its professional qualifications and certifications, continuing professional education, and other relevant activities and initiatives. Through its professional standards ans qualification programmes, including its flagship Chartered Professional in Islamic Finance (CPIF), the CIIF aims to create value and prestige for the profession by equipping its members with knowledge, skills and competencies that are relevant to the industry and having its professional qualification as an industry benchmark.

A key component of the CIIF is the requirements for its members to undergo mandatory Continuing Professional Development (CPD), designed to empower its members by providing them with the opportunities to keep abreast with cutting edge developments and knowledge in Islamic finance, as well as to up-skill their capabilities towards becoming highly competent professionals. In achieving this, members of the CIIF are expected to become highly coveted talents both locally and internationally.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wanita Maut Dipercayai Terjun Dari Tingkat 4 Pusat Beli Belah One Utama

Lancar Single YANG ASLI, Band Margasatwa Semakin Digemari Peminat Muzik Arus Perdana