Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil sebagai Che Ta berkata dia sempat membuat sesi fotografi bersama keluarganya dengan memakai kesemua 20 pasang baju raya pada 5 Mei lalu.
“Baju memang sudah disediakan sebelum kerajaan umumkan PKP 3.0. Ada beberapa pasang baju dari tahun lepas yang tidak pakai sebab PKP 1.0. Jadi, memang banyak sampai 20 pasang.
Tapi itulah, apabila kerajaan kata tak boleh ada aktiviti ziarah pada raya ini, kita duduk rumah saja lah. Pakai lawa lawa pun pusing dalam rumah saja.
Mujur saya sudah siap buat sesi fotografi untuk 15 pasang. Jadi, sepanjang raya ini bolehlah saya muat naik di IG.
– Rozita Che Wan
Che Ta merupakan isteri kepada pelakon Kiah Pekasam, Zain Saidin mengatakan suaminya turut menasihati agar sentiasa berada dirumah dan mengikuti arahan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan.