in

Segak Berbaju Melayu, Viviana Abdullah Kembali ke ‘fitrah’ Pada Hari Raya

Pastinya sejak hari pertama Aidilfitri ramai yang ‘lenguh’ jari menekan butang like di media sosial apabila masing-masing memuat naik gambar meraikan lebaran.

Walaupun tidak dapat berkumpul bersama sanak-saudara, namun kemeriahan hari raya masih lagi terasa kerana masa inilah peluang berkongsi gambar berbaju baru serta sedondon dengan ahli keluarga yang lain.

Selebriti dan influencer juga turut sama memuat naik gambar meraikan lebaran dengan ucapan selamat hari raya buat semua.

Kembali ke Fitrah Sempena Raya

Namun, bagi pengikut media sosial seorang infleuncer dikenali sebagai Viviana Abdullah pasti mengetahui status sebenar dirinya yang merupakan seorang lelaki.

Jadi, dia telah berkongsi gambar memakai baju Melayu dan sangat ‘macho’ sehingga menjadi perhatian di media sosial.

Viviana Abdullah

Dalam posting yang dibuat oleh influencer tersebut, dia sebenarnya memenuhi permintaan warganet yang mahu melihat foto hari raya tempoh hari. Viviana memaklumkan pada Syawal pertama dia memakai baju Melayu dan kembali kepada fitrah asal.

Dia juga sempat berseloroh foto berkenaan merupakan ‘hadiah’ buat semua sebelum dia kembali menjadi wanita ‘celup’ semula.

Terus jadi hensem ekk

Walaupun sudah memadam posting tersebut, Viviana tetap menghargai komen-komen yang diterima daripada warganet dan memuat naik semula kata-kata positif di ruangan IG story miliknya.

Justeru itu, ramai yang memberikan maklum balas yang baik-baik kepada Viviana di media sosial dan memuji penampilannya yang segak apabila menjadi lelaki sejati.

Hanya Sementara sebelum jadi Bap-ok semula.

ni membuatkan ramai yang memujinya kelihatan begitu tampan apabila berketerampilan lelaki dan cantik apabila berketerampilan perempuan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberi pendapat masing -masing.

“wow cam sesumpah boleh berubah ikut keadaan

“Helokkkk rupa dia weyhhh.. hahahaha

“seri0us la tu viviana?

“Yepp!!! Dia ada cakap kat story diaa yg dia taknak org kenal dia as lelaki sbb nnti kacau privacy dia so dia jadi lembut utk kerja n ig but look so handsome oi

Reveal muka jantan dia, ramai yang tergugat Dia ni drag je, bukan pondan 24/7 Wahh! helokk.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dipopularkan Netizen Malaysia, Perkataan ‘Koyak’ Berjaya Tersenarai Dalam Urban Dictionary

Tahniah! Jep Sepahtu & Sari Yanti Selamat Timang Anak Ketiga