Kita semua sedia maklum konflik diantara rakyat Palestin dan rejim zionis Israel semakin parah dan kritikal apabila kedua-dua pihak dilihat berbalas serangan dari udara setiap hari tanpa henti. Mula menjadi perhatian seluruh dunia selepas Tentera Zionis dengan kejamnya menyerang rakyat Palestin yang sedang beribadat di Masjid Al- Aqsa pada jumaat terakhir ramadan, ia kemudiannya diikuti dengan serang balas dari tentera Hamas.
Keadaan menjadi lebih genting apabila kedua-dua pihak berbalas serangan udara dan pengeboman menyebabkan lebih 100 rakyat Palestin terkorban dengan 27 daripanya merupakan kanak-kanak manakala tujuh kematian dilaporkan di Israel dimana seorang darinya adalah kanak.
Kematian ratusan rakyat Palestin menyebabkan penduduk dunia khususnya negara-negara Arab dan Malaysia mula marah dan ‘menyerang’ ruangan komen akaun Facebook milik askar Israel iaitu IDF.
Terbaru, sebagai tanda solidariri mereka kepada penduduk Palestin, beberapa kumpulan hacker Malaysia antaranya DragonForce Malaysia, AnonGhost, RilexCrew dan banyak lagi grup lainnya difahamkan telah bersatu untuk melumpuhkan sistem pangkalan data rejim Zionis tersebut.
Menamakan operasi tersebut sebagai #OpsBedil, gabungan mereka kemudiannya dilaporkan berjaya dalam misi tersebut.
Menerusi operasi yang dijalankan secara mengejut, difahamkan lebih 120 laman web Israel telah digodam. Kejayaan menggodam laman web pengkalan data Israel turut dikongsi di Facebook sebagai bukti walau bagaimanapun pihak DragonForce memaklumkan status mereka telah diturunkan oleh pihak Facebook.
Namun difahamkan posting tersebut bagaimanapun tidak kekal lama apabila ianya telah diturunkan oleh Facebook.
Kejayaan mereka kini turut menarik perhatian orang ramai. Malah difahamkan Hacker dari negara jiran Indonesia juga sudah mengambil langkah sama dengan melancarkan serangan siber yang dinamakan #OpsGanyang
Mantap la Malaysia🤟🏻🤟🏻Abang Mark pn takut eh dengan hacker Malaysia sampai takedown posting dorang. Malaysia ni boss. Hahahaha https://t.co/CwCLBXRc2f
— pen #FREEPALESTINE🇵🇸🇵🇸🇵🇸 (@newversionofmee) May 14, 2021
Serangan dan kejayaan hacker dari Malaysia sekaligus membuatkan orang ramai kagum dengan kemampuan kumpulan ini. Buat anda yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut senarai laman web yang digodam kumpulan hacker dari Malaysia, anda boleh klik di sini.
Kemas kini: Misi #OpsBedil kumpulan hacker dari Malaysia diteruskan lagi di mana 4 juta data peribadi Rakyat Israel telah dibocorkan di Facebook melibatkan nama, nombor telefon, alamat dan Link ID Facebook.
Rileks. Post kena takedown dengan abang Mark. Kita ada cara kita. Official # = #OpsBedilList of…
Posted by DragonForce Malaysia on Thursday, May 13, 2021
Pengumuman yang dibuat menerusi status terbaru ini turut memuatkan senarai laman web Israel yang digodam. Lebih hebat, pihak DragonForce memaklumkan masih terdapat laman web lain yang digodam dan tidak dipamerkan kepada umum setakat ini.