in ,

PropertyGuru Merealisasikan Impian Rakyat Malaysia Memiliki Kediaman Sendiri

Seorang wanita muda penyara keluarga, seorang ibu tunggal, seorang pemandiri barah, seorang pastor bekas kaki judi, dan seorang ilmuwan kurang upaya, berpeluang memiliki rumah pertama menerusi kempen ‘Home Giveaway’ PropertyGuru

PropertyGuru, laman web hartanah No. 1 di Malaysia, mengumumkan 5 finalis yang telah dicalonkan dari seluruh negara bagi kempen ‘Home Giveaway’ anjurannya. Selari dengan komitmen PropertyGuru untuk membantu masyarakat memiliki kediaman sendiri, kempen ini menawarkan sebuah rumah baharu serba lengkap, bernilai lebih RM600,000 di Tropicana Metropark, Subang Jaya, kepada seorang warganegara Malaysia. Rakyat Malaysia boleh membantu merealisasikan impian finalis ini  memiliki rumah sendiri dengan mengundi mereka di https://homegiveaway.propertyguru.com.my/.

Sheldon Fernandez, Pengurus Negara, PropertyGuru Malaysia  berkata, “Sepanjang 10 tahun lalu, PropertyGuru menemani rakyat Malaysia dalam perjalanan pemilikan rumah, dengan memperkasakan mereka untuk membuat keputusan hartanah dengan lebih yakin, dan membantu mereka mencari serta memiliki rumah idaman. Dari sebelum musim pandemik lagi hingga sekarang, kami sedar rakyat Malaysia menanam impian untuk memiliki kediaman sendiri. Namun, berdasarkan 1,000 kisah sebenar yang menyentuh hati, diterima menerusi kempen ‘Home Giveaway’ PropertyGuru Home, kami sedar bagi ramai orang, impian ini masih satu mimpi.” 

PropertyGuru Malaysia Home Giveaway Campaign

Menurut Kajian PropertyGuru tentang Sentimen Pengguna Malaysia Bagi Separuh Pertama 2021, sentimen pembelian hartanah dalam kalangan rakyat Malaysia masih kukuh dengan 1 daripada 3 individu masih berhasrat memiliki hartanah, terutamanya pada tahun 2021. Walau bagaimanapun, kenaikan harga rumah dan kesukaran memperoleh pinjaman perumahan menjadikan hasrat ini sukar direalisasi bagi ramai orang. Sebilangan besar rakyat Malaysia menyatakan ketidakmampuan untuk membayar wang pendahuluan (52%) serta pekerjaan/gaji yang tidak stabil (46%) sebagai penghalang utama untuk mendapat pinjaman perumahan.

Sheldon berkata, “Terdapat keperluan mendesak bagi mengatasi cabaran berkaitan kediaman mampu milik, yang memerlukan pelan tindakan jangka panjang serta kerjasama erat antara sektor awam dan swasta. Kami komited untuk memainkan peranan kami semampu yang boleh. Kempen ‘Home Giveaway’ adalah salah satu cara bagaimana kami dapat membantu mengubah kehidupan seorang rakyat Malaysia,, dengan memenuhi impian mereka memiliki kediaman idaman. Kami ingin menjemput semua rakyat Malaysia untuk turut serta dalam perjalanan ini. Hanya satu klik untuk mengundi dan mengubah kehidupan seseorang.”

Semasa tempoh pencalonan kempen, PropertyGuru telah menerima lebih 1,000 kisah inspirasi rakyat Malaysia seputar aspirasi memilki kediaman sendiri, yang dihantar rakan dan keluarga.PropertyGuru telah menyenarai pendek 5 finalis:

PropertyGuru Home Giveaway_Faridah Harris (third from left)

Faridah Harris (ketiga dari kiri)

Faridah, 23, seorang pelajar yang impiannya bukan hanya memperoleh keputusan cemerlang. Sepanjang tahun ini, beliau bekerja siang malam,, mengimbangi tuntutan pelajaran dan kerja sambilan. Ketika rakan-rakannya gembira menonton wayang atau bercuti, Faridah sejak bertahun-tahun lamanya melakukan pelbagai kerja sambilan dari menjadi pembeli peribadi pelanggan semasa pandemik hingga berniaga di pasar karat. Semuanya kerana beliau menggalas tanggungjawab mencari nafkah keluarga dan beliau kini mahu memenuhi impian mereka untuk memiliki kediaman sendiri.

PropertyGuru Home Giveaway_Jacqueline Caroline Sammy (far right)

2.     Jacqueline Caroline Sammy (pertama dari kanan)

Jacqueline berdepan cabaran demi cabaran – melawan barah payudara, kemurungan hinggalah hidup dengan kelumpuhan otot wajah – yang semuanya mengubah aspirasi kehidupannya tahun demi tahun.  Kini, setelah sekian lama berjuang mengatasi dugaan kesihatan, impiannya adalah untuk memiliki rumah sendiri;  ruang pembebasan diri menerusi tarian, seni, dan kraftangan setiap kali kehidupan mahu menduganya sekali lagi.

PropertyGuru Home Giveaway_Salini Idris (third from left)

3.     Salini Idris (ketiga dari kiri)

Sejak sedekad lalu, Salini, ibu tunggal yang tidak pernah lelah berkerja dan anak-anaknya sering berpindah-randah, tidak pernah kenal makna sebuah rumah. Semua usahanya memohon bantuan kerajaan untuk memiliki rumah kos rendah gagal. Namun, ia tidak mematahkan semangatnya untuk bekerja keras sebagai peniaga kios, supaya dapat membayar sewa tempat berteduh anak-anaknya, dan menabung untuk mencapai impiannya memiliki kediaman sendiri.

PropertyGuru Home Giveaway_Lim Ban Hing (far right)

4.     Lim Ban Hing (pertama dari kanan)

Lim yang dahulunya kaki judi adalah bukti kejayaan melawan ketagihan. Kini beliau adalah seorang pastor yang berazam membantu kaki judi lain bebas dari belenggu ketagihan. Melalui Pusat Pemulihan Judi Malaysia yang ditubuhnya, Lim telah membantu kaki judi dan keluarga mereka menempuh masa-masa sukar ketagihan dengan nasihat serta sokongan.Beliau sentiasa mengidamkan sebuah rumah untuk keluarganya, dan telah dicalonkan oleh mereka yang pernah dibantunya.

PropertyGuru Home Giveaway_Dr. Basri Husri (second from right)

5.     Dr. Basri Husri (kedua dari kanan)

Bagi Dr Basri, impian untuk memiliki ruang sendiri bukan lagi soal kehendak. Sebagai orang kurang upaya (OKU) fizikal,  dinding sempit dan kekurangan kemudahan sekitar mewujudkan  bermacam-macam halangan. Malang tidak berbau, akibat tinggal di kawasan tidak bersih yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes, Dr Basri lumpuh badan.  Meskipun kerjayanya sebagai penyelidik tidak melibatkan banyak pergerakan, ruang yang terhad menjadi halangan ketika beliau ingin bermain dengan anak kecilnya, walaupun isterinya yang prihatin setia di sisi.

Layari https://homegiveaway.propertyguru.com.my/ untuk menonton video kisah inspirasi 5 individu menakjubkan ini. Tunjukkan sokongan kepada finalis pilihan anda untuk memenangi rumah pegangan kekal lengkap perabot di Tropicana Metropark, Subang Jaya, dengan mengundi mereka bermula hari ini hingga 31 Mei 2021. Dengan hanya satu undi, anda dapat membantu memenuhi impian seorang rakyat Malaysia untuk memiliki rumah pertama.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hot FM & 17 Eleven Music Lancar Lagu Raya Salam Dari Jauh & Indahnya Syawal

Raikan Hari Raya Aidilfitri Dengan Pelbagai Hiburan & Hadiah Menarik Melalui JOOX Buzz!