Kapal selama buatan Jerman itu dilaporkan hilang kira-kira 95 kilometer ke utara Bali pada jam 4.25 pagi Rabu selepas terlibat dalam satu latihan torpedo.
Ketua Staf Angkatan Laut, Yudo Margono melaporkan, bekalan oksigen yang terdapat dalam kapal selam tersebut hanya kekal bertahan selama 72 jam sahaja dan SAR perlu dikerahkan sebelum oksigen kehabisan sehingga jam 3 pagi Sabtu.
Indonesia telah menemui serpihan kapal selam tentera itu dan mengesahkan aset tentera itu telah tenggelam.
Namun, yang lebih memilukan, baru-baru ini juga, viral video seorang kanak-kanak lelaki yang merupakan anak kepada salah seorang kru kapal selam terbabit yang berkeras menghalang ayahnya pergi bertugas.
Menurut Kompas.com, kru tersebut yang dikenali sebagai Letnan Satu (Lettu) Imam Adi telah dikunci oleh anaknya, Azka dalam bilik sebab tak nak ayahnya pergi.
Video terbabit dipercayai telah dirakam oleh ibu kanak-kanak tersebut. Wanita itu kemudiannya bertanya kanak-kanak tu kenapa tak bagi ayah pergi kerja. Dia kemudian menjawab,
Enggak boleh,” katanya.
Video yang tular itu telah disahkan sendiri oleh ayah Imam Adi iaitu Edy Sujianto. Dia mengatakan video tu memang video anak lelakinya bersama cucunya.
Difahamkan, video tersebut telah dikongsikan oleh menantunya melalui WhatsApp dan dia telah merakam video tu pada Isnin lalu sebelum suaminya bertugas di kapal selam terbabit.
Ayahnya juga pelik tengok kelakuan kanak-kanak tu sebab selalunya cucunya akan baik-baik sahaja walaupun ditinggalkan ayahnya. Walau bagaimanapun, Edy enggan melibatkan kehilangan anaknya dengan tingkah laku luar biasa kanak-kanak itu.
Sementara itu, seorang wanita yang baharu dua bulan bergelar isteri kepada kru kapal selam KRI Nanggala-402 terus berdoa agar suaminya selamat dari sebarang kemalangan. Bagaimanapun, Mega Dian Pratiwi, 23 enggan ditemubual kerana masih lagi terkejut dan bersedih menerima berita tragedi kapal selam KRI Nanggala-402 yang hilang pada Rabu, lapor Detik News.
Ibunya, Yayak Dwi Ernawati berkata, menantunya yang juga kru kapal, Serda Ede Pandu Yudha kali terakhir menghubunginya pada Isnin.
“Pandu sempat telefon Dian memaklumkan akan berlayar untuk latihan ketenteraan di perairan Bali. Malah meminta doa agar pelayarannya selamat.
“Mereka baharu dua bulan berkahwin. Anak saya tidak mengikut suaminya kerana bekerja sebagai jururawat di Klatak,” katanya pada Jumaat.
Menurutnya, dia berharap agar kesemua kru kapal termasuk menantunya berjaya diselamatkan hari ini dan tiada sebarang masalah semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan.
“Saya sangat rapat dengan Pandu dan hingga saat ini kami masih yakin Pandu akan kembali berkumpul dengan keluarga,” ujarnya.
Ketua Tentera Laut, Yudo Margono, yang mengumumkan perkara itu, berkata kira-kira enam serpihan kapal itu ditemui bersama beberapa komponen dan barangan dalam kapal selam ‘malang’ itu.
“Dalam tempoh beberapa hari ini kita menemui serpihan dan barangan dari lokasi terakhir kapal selam itu menyelam.
“Justeru, kita menukar status kapal selam itu daripada ‘hilang’ kepada ‘tenggelam’ kerana objek yang ditemui tidak mungkin datang daripada sebarang kapal lain kecuali KRI Nanggala 402.
“(Barangan) itu tidak akan terkeluar dari kapal selam jika tiada tekanan luar atau tanpa kerosakan pada peluncur torpedo,” katanya kepada pemberita sebentar tadi.
Beberapa barangan termasuk serpihan torpedo, sebotol minyak pelincir bagi periskop dan sejadah turut ditunjukkan pada pemberita.
Kenyataan itu melenyapkan sebarang harapan 53 kelasi yang berada dalam kapal selam milik tentera Indonesia itu yang hilang kira-kira jam 10.37 pagi Rabu lalu itu. mungkin ditemui selamat.