in

Kecapi Keanggunan Bersama Minuman Anti-Penuaan Eterna’

Kecapi Keanggunan Bersama Minuman Anti-Penuaan Eterna’

Eterna-Poster3

Ooosha.com dengan bangganya memperkenalkan produk Minuman Anti-Penuaan Eterna’ yang pertama kali diperkenalkan di Malaysia. Dengan kombinasi Kolagen Marin dan Xanthone Buah Manggis, minuman Anti-Penuaan Eterna’ akan membantu pengguna mengurangkan kedut, meningkatkan keanjalan kulit, menghidrasikan permukaan kulit dan memperlahankan kesan penuaan.

Dengan konsentrasi 5000mg dalam setiap hidangan, Minuman Anti-Penuaan Eterna’ padat dengan kolagen marin yang terkenal sebagai bahan anti-penuaan berkebolehan meningkatkan keanjalan kulit, meningkatkan hidrasi pada kulit, menghidupkan semula kulit berumur, mengurangkan kesan parut dan “stretch marks”, dan membantu mengaktifkan kolagen semulajadi kulit.

Minuman Anti-Penuaan Eterna’ juga mengandungi Xanthone dari ekstrak buah manggis – satu bahan yang terkenal sebagai anti-radang dan anti-oksida yang membantu melawan radikal bebas yang memberi kesan buruk kepada kulit anda. Vitamin C juga ditambahkan bagi membantu pengurangan kedut, melembapkan dan melembutkan permukaan kulit.

Eterna’ berperisa beri dan sesuai diambil sejuk.

Ambil segelas Minuman Anti-Penuaan Eterna’ setiap hari, sebaiknya dengan perut kosong sebelum tidur, selama 15 hari secara konsisten untuk melihat kesannya.

40-HARI TANPA SOAL Ooosha.com

Eterna Web2

Minuman Eterna’ boleh didapati secara eksklusif di Ooosha.com berserta dengan jaminan 40-Hari Pulangan Wang Tanpa Soal yang PERTAMA di Malaysia. Jaminan ini adalah untuk memberi keselesaan kepada pengguna dalam pembelian produk dari Ooosha.com. Jika pengguna tidak berpuas hati dengan produk, atas apa sebab sekalipun dan walaupun telah digunakan, mereka boleh memulangkannya (tertakluk kepada syarat pemulangan) dan Ooosha.com akan memulangkan kembali wang anda tanpa soal!!!

Eterna’ disenaraikan berserta harga RM 110 (15 x 15gm sachet) di pasaran tetapi boleh didapati pada harga istimewa iaitu RM 100 sahaja (tidak termasuk kos pengangkutan).

PELUANG MEMENANGI APPLE iPAD

Bersempena dengan pelancaran Eterna’ di Ooosha.com, anda berpeluang memenangi Apple iPad dengan hanya mengikuti langkah-langkah berikut:

1. Daftar sebagai ahli di Ooosha.com

2. Jadi pengikut kami di twitter.com/myooosha dan/atau Facebook [Ooosha Zero-Risk Shopping]

3. Kemudian tulis yang berikut sebagai Status Facebook/Tweet di Twitter anda:

Dengan Eterna’,umur hanyalah angka.Potongan 10% & peluang menangi Apple iPad bersama [sebut-nama username kami (eg: @myooosha)].Layari http://ooosha.com

– Pastikan anda menggunakan frasa yang sama berserta sebut-nama yang sah dalam status atau Tweet anda (sebut-nama yang sah adalah apabila pembaca boleh KLIK pada sebut-nama tersebut)

4. Hantar e-mail kepada kami di [email protected] berserta maklumat berikut:

– Username anda di Ooosha.com
– Username Facebook dan/atau Twitter anda
– Masa dan tarikh status dan/atau Tweet anda yang menyebut nama kami

5. Anda secara automatik akan menerima baucer diskaun 10% melalui e-mel DAN berdaftar untuk cabutan Apple iPad

Penyertaan terakhir pada 31 Januari 2011.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amyza Aznan Jadi Pengacara Terbaru Sehati Sejiwa

Hard Rock Battle of The Bands Calling 2011