in ,

Inovasi Kini Tersedia untuk Semua dengan Samsung Galaxy A52 & Galaxy A72

Siri Samsung Galaxy A terbaru tersedia dengan teknologi awesome pada harga yang mampu dimiliki oleh semua

Samsung Electronics Co., Ltd hari ini telah melancarkan Samsung Galaxy A52 dan Galaxy A72, memberi peluang inovasi tersedia untuk khalayak ramai. Siri terbaru Samsung Galaxy A membenarkan anda untuk berkomunikasi dan ekspresi diri dengan kamera yang awesome, paparan skrin jelas dan pengskrolan yang mudah, juga terdapat ciri-ciri Galaxy inovatif baharu seperti bateri hayat lama dan rintang air untuk kesenangan anda. Siri Galaxy A juga akan mempertingkatkan pengalaman anda menggunakan telefon sekarang dengan menyediakan akses menyeluruh ekosistem Galaxy tersambung peranti lain seperti Galaxy Buds Pro, Galaxy SmartTag, dan Galaxy Tab[1].

Samsung New Galaxy A52 and A72

Bina, Komunikasi & Ekspresi Diri Anda Dengan Kamera Awesome 

Samsung telah meningkatkan tahap kualiti kamera, dan Galaxy A52 dan A72 adalah buktinya. Dengan memberikan ciri inovasi kamera serba guna untuk siri Galaxy A baharu, anda kini boleh merakam lebih banyak foto dan video yang menarik. 

  • Pengalaman Kamera Serba Guna – Rakam gambar dan video dengan mudah, menggunakan kamera kuad resolusi tinggi 64MP. Gunakan 4K Video Snap untuk mengambil imej resolusi tinggi 8MP daripada rakaman video 4K. Scene Optimizermenggunakan AI untuk mengambil gambar dengan pengeset optimum untuk 30 kategori imej dan latar belakang seperti makanan, landskap dan haiwan peliharaan.
  • Stabil siang atau malam – Sama ada sedang merakam trend tarian terbaru atau aksi menggunakan papan selaju, OIS(optical image stabilization) memastikan hasil gambar dan video kelihatan jelas dan mantap. Usah risau jika lampu malap. Night mode menggunakan pemprosesan multibingkai yang boleh memberikan hasil imej yang terang walaupun di dalam gelap.
  • Gambar yang mengembirakan – Tambahkan gaya dan kreativiti unik anda dengan menggunakan AR Emoji dan My Filter. Ditambah lagi, sekarang anda boleh menggunakan AR Lenses daripada Snapchat dengan Fun Mode[2] apabila menangkap gambar menggunakan aplikasi telefon sedia ada.
Samsung New Galaxy A52 and A72

Paparan awesome dan reka bentuk anggun

Samsung mempertingkatkan pengalaman anda dengan paparan dan reka bentuk canggih supaya ia sepadan dan mencerminkan kehidupan anda. 

  • Lebih cerah dan lancar– Tontoni rancangan kegemaran anda melalui paparan Super AMOLED Samsung. Dengan kadar segar semula 90 Hz pada Galaxy A52 dan Galaxy A72, pengskrolan juga kini makin mudah. Teruskan tontonan dan mengimbas media sosial apabila berada di luar dengan tambahan luminans 800 nits.
  • Pengalaman tontonan selesa – Paparan juga diiktiraf[3] ‘Eye Care’, dan mengubah suhu warna paparan secara automatik berdasarkan corak penggunaan telefon pintar untuk mengurangkan keletihan mata dengan ‘Eye Comfort Shield[4]’.   
  • Reka bentuk moden – Siri Galaxy A baharu memaparkan reka bentuk yang sederhana namun sangat bermakna serta dilengkapi rangka kamera minimalis.
Samsung New Galaxy A52 and A72

Tingkatkan pengalaman anda dengan ekosistem awesome Galaxy

Pengalaman siri Galaxy A baharu dipertingkatkan dengan sambungan tanpa kelim dan peluang baharu yang ditawarkan melalui ekosistem Samsung Galaxy.

  • Sentiasa teratur dan tersambung – SmartThings menyambung dan mengawal ribuan peranti dalam   suasana rumah pintar daripada siri Galaxy A – termasuk alat tahan lasak, tablet, komputer dan televisyen. Ditambah lagi, SmartThings Find menghubungkan pasangan peranti anda dengan arah jalan yang lebih teliti dan intuitif, dan pelokasi Bluetooth Galaxy SmartTag[5] boleh mencari peranti yang tidak dihubungkan atau barang peribadi dengan melampirkannya pada yang paling mustahak supaya anda senang berhubung dan mengawal ribuan peranti daripada siri Galaxy A anda.
  • Nikmati muzik bersama tanpa gangguan – Sama ada sedang berolahraga bersama di rumah atau sedang berbicara dalam talian dengan kawan, anda boleh berhubung dan mendengar muzik bersamaMusic Share akan selaraskan telefon anda dengan peranti kawan untuk berkongsi muzik tanpa menggunakan gabungan pembesar suara. Anda juga boleh menggandingkan telefon dengan dua set peranti Galaxy Buds dan dengar bersama dengan Buds Together.
  • Berhubung dan kongsi dengan mudah – Quick Share membenarkan anda untuk menghantar gambar dan video tanpa had saiz ke peranti Galaxy yang berdekatan supaya anda boleh muat naik swafoto bersama dengan mudah. Dengan Private Share[6]anda ada pilihan sama ada untuk berkongsi atau membatalkan perkongsian foto dan video dengan satu ketik.
Samsung New Galaxy A52 and A72

Harapkan kelebihan dengan asas Galaxy serba awesome

Siri Galaxy A baharu tersedia dengan keperluan asas Galaxy yang patut dinikmati oleh pengguna Galaxy.

  • Ketenangan minda – Usah risau kerana Galaxy A52 dan A72 adalah rintang[7] air dan debu dengan nilai IP67. Lindungi apa yang penting dengan Samsung Knox[8]— sistem sekuriti gred pertahanan Samsung yang melindungi maklumat peribadi dan data dalam pada setiap saat.
  • Bateri tahan dua hari – Kapasiti bateri besar yang mampu bertahan selama dua hari[9] dengan tahap kapasiti[10] bateri 4,500mAH untuk A52 dan 5,000mAH untuk A72.
  • Nikmati keperluan asas premium – Galaxy A52 dan A72 dilengkapi dengan keperluan asas Galaxy termasuk pembesar suara stereo dan stor memori luaran sebesar 1TB[11]. Tingkatkan pengalaman pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos untuk suasana bunyi yang kaya dengan kedalaman dan perincian yang lebih tinggi. Juga, One UI 3 yang telah diubah suai membantu mempertingkatkan pengalaman intuitif dan interaksi secara konsisten dengan meninggikan kelajuan, mengurangkan kekacauan dan mengetengahkan maklumat penting. 
  • Mengelak pembaziran – Samsung senantiasa mengevaluasi produk, pembungkusan dan operasi untuk mencari jalan bagaimana untuk mengelakkan pembaziran.  Galaxy A52 dan A72 menggunakan acuan pulpa dan kertas untuk mengurangkan pembaziran ruang yang tidak digunakan dan bahan-bahan yang digunakan untuk pembungkusan[12].
  • Kemas kini perisian – Samsung selalu memberikan OS telefon terkini kepada pemilik Galaxy, dan sekarang ianya sudah berkembang ke siri A. Galaxy A52 dan A72 akan menyokong peningkatan perisian selama tiga generasi, dan kemas kini sekuriti biasa minimum empat tahun[13]

Ketersediaan

Siri Galaxy A baharu akan tersedia dalam Awesome Violet, Awesome Blue, Awesome Black, dan Awesome White[14]

Untuk maklumat lanjut berkenaan Samsung Galaxy A52 dan A72, sila layari www.samsungmobilepress.comnews.samsung.com/my/atau www.samsung.com/my/smartphones/.

Spesifikasi Produk

SpesifikasiGalaxy A52Galaxy A72
Paparan6.5” FHD+ Super AMOLEDInfinity-O Display (1080 x 2400), 
407 ppi90 Hz refresh rate
6.7” FHD+ Super AMOLED
Infinity-O Display (1080 x 2400), 394 ppi 90 Hz refresh rate
* Infinity-O Display: skrin depan hampir penuh tanpa bezel* Skrin diukur secara menyerong sebagai segi empat penuh tanpa menperhitungkan sudut bulat. Kawasan yang dapat dilihat sebenarnya lebih kecil kerana sudut bulat dan lubang kamera 
Dimensi & Berat75.1 x 159.9 x 8.4mm189g77.4 x 165.0 x 8.4mm203g
Kamera [Hadapan]32MP FF (F2.2, 0.8µm)  [Hadapan]32MP FF (F2.2, 0.8µm)
[Belakang]Main: 64MP OIS AF (F1.8, 0.8µm)Ultra Wide: 12MP FF (F2.2, 1.12µm)Macro: 5MP FF (F2.4, 1.12µm)Depth: 5MP FF (F2.4, 1.12µm) *ZoomDigital Zoom sehingga 10X  [Belakang]Main: 64MP OIS AF (F1.8, 0.8µm)Ultra Wide: 12MP FF (F2.2, 1.12µm)Macro: 5MP FF (F2.4, 1.12µm)Tele(3x): 8MP AF (F2.4, 1.0µm) *ZoomDigital Zoom sehingga 30XOptical Zoom pada 3X
APOcta-Core (2×2.3 ㎓ + 6×1.8 ㎓)Octa-Core (2×2.3 ㎓ + 6×1.8 ㎓)
MemoriRAM: 8GB ROM: 256GB RAM: 8GB ROM: 256GB 
* Mungkin berbeza mengikut model, warna, pasaran dan syarikat telekomunikasi
* Storan sebenar tersedia mungkin bergantung kepada perisian pra-pasang.
Memori Tambahan & Kad SIM2 slot (SIM 1 + Hybrid)Micro SD: Sehingga 1TB
* Kad MicroSD dijual secara berasingan. Ketersediaan mungkin berbeza mengikut negara dan pengeluar.* Kad SIM dijual secara berasingan. Ketersediaan mungkin berbeza mengikut negara dan syarikat telekomunikasi.* Penggunaan eSIM pada peranti Galaxy mungkin diaktifkan dengan kemas kini perisian atau dinonaktifkan di beberapa pasaran di mana ianya dibeli. Ketersediaan pelan telefon eSIM mungkin berbeza mengikut syarikat telekomunikasi. Hubungi syarikat telekomunikasi anda jika pelan rangkaian telefon anda menyokong eSIM.
Bateri4,500 mAh (biasa)5,000 mAh (biasa)
* Nilai tipikal diuji dalam keadaan makmal pihak ketiga. Nilai tipikal adalah anggaran nilai purata yang mengira penyimpangan dalam kapasiti bateri di antara sampel bateri yang diuji berdasarkan standard IEC 61960. Kapasiti dinilai (minimum) masing-masing ialah 4,370mAh untuk Galaxy A52 dan 4,860mAh untuk A72. Hayat bateri sebenar mungkin berbeza-beza bergantung pada persekitaran rangkaian, corak penggunaan, dan faktor lain.
PengecasPengecasan Pantas 25W
* Pengecasan berwayar serasi dengan QC2.0 dan AFC.
OSAndroid 11 
RangkaianLTELTE
* Kelajuan sebenar mungkin berbeza mengikut negara, syarikat telekomunikasi, dan kawasan pengguna.
KonektivitiWi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac (2.4G+5GHz)Bluetooth® v 5.0 USB Type 2.0-CLokasi (GPS, Glonass, BeiDou, Galileo) 
* Liputan Galileo dan BeiDou mungkin terhad. BeiDou mungkin tidak tersedia untuk negara-negara tertentu.
PembayaranNFC
* Tersedia di pasaran tertentu. Penyelesaian pembayaran dan ciri-ciri tersedia mungkin berbeza mengikut pasaran, syarikat telekomunikasi dan pembekal servis.
SensorAccelerometer, Fingerprint sensor, Gyro sensor, Geomagnetic sensor, Hall sensor, Light sensor, Virtual Proximity sensor
PengesahanJenis kunci: Pattern, PIN, password Jenis kunci Biometrik: Face Recognition, Fingerprint sensor
Audio[Stereo speakers sound oleh AKG]Surround sound dengan teknologi Dolby Atmos  [Ultra high quality audio playback]UHQ 24-bit PCM: Sehingga 24 bits [Audio playback format]MP3, M4A, 3GA, AAC, OGG, OGA, WAV, AMR, AWB, FLAC, MID, MIDI, XMF, MXMF, IMY, RTTTL, RTX, OTA[Bluetooth]Dual Audio: Sambungkan dua peranti Bluetooth ke Galaxy A52 dan A72 untuk memainkan audio melalui kedua-dua peranti secara serentak.* Kedua-dua peranti yang terhubung mungkin menunjukkan sedikit perbezaan dalam output suara. Scalable Codec: Sambungan Bluetooth yang dipertingkatkan di bawah gangguan frekuensi radio ambien.* Hanya tersedia untuk aksesori tertentu buatan Samsung.
* Kedua-dua peranti yang terhubung mungkin menunjukkan sedikit perbezaan dalam output suara.* Hanya tersedia untuk aksesori tertentu buatan Samsung dan AKG.
Video[Format video playback]MP4, M4V, 3GP, 3G2, AVI, FLV, MKV, WEBM  [Sambungan TV]Wireless: Smart View (screen mirroring 1080p pada 30fps) 
Rintangan airIP67
* Berdasarkan keadaan ujian untuk perendaman dalam air tawar hingga 1 meter hingga 30 minit. Bilas kelopak/kering  jika basah. Tidak digalakkan untuk digunakan di pantai, kolam renang dan air sabun.

[1] Galaxy Buds Pro, Galaxy SmartTag, dan Galaxy Tab dijual secara berasingan. 

[2] Ketersediaan bergantung kepada pasaran dan syarikat telekomunikasi.

[3] SGS, syarikat pensijilan utama di dalam dunia telah menganugerahkan Eye Care Certification untuk paparan siri Galaxy A berdasarkan kemampuannya untuk mengurangkan cahaya biru. Pensijilan tersebut boleh dilihat di www.sgs.com.

[4] Eye Comfort Shield ‘ditutup’ secara lalai, dan mesti dinyalakan dalam Settings.

[5] Galaxy SmartTag dijual secara berasingan.

[6] Private Share membolehkan perkongsian secara selamat dengan teknologi penyulitan berdasarkan blok rantai dan boleh digunakan di antara telefon pintar Galaxy dengan Android P atau lainnya. Perlu muat turun aplikasi untuk menghantar/menerima pautan Private Share. Selepas dihantar, para penghantar boleh membatalkan fail-fail daripada para penerima.

[7] Galaxy A72 dan Galaxy A52 dinilai IP67. Berdasarkan keadaan ujian untuk perendaman sehingga 1 meter dalam air tawar selama 30 minit. Tidak digalakkan untuk digunakan di pantai, kolam renang dan air sabun. Sekiranya cecair yang mengandungi gula tertumpah ke atas telefon, sila bilas peranti dengan air bersih sambil menekan kekunci. Perlindungan hanya berkesan terhadap tekanan air yang rendah sahaja. Tekanan air yang tinggi seperti air paip yang mengalir atau pancuran mandi boleh mengakibatkan kerosakan ke atas peranti.

[8] Ketersediaan bergantung kepada peranti.

[9] Dianggarkan terhadap profil penggunaan oleh pengguna am/biasa. Diuji secara berasingan oleh Strategy Analytics dari tarikh 20 – 31 Januari 2021 di UK dengan versi pra-lancar SM-A725, SM-A525, SM-A325, SM-A326 di bawah pengeset lalai menggunakan LTE dan rangkaian 5G Sub6 (TIDAK diuji di bawah rangkaian 5G mmWave).Hayat bateri mengikut rangkaian, alam sekitar, cirian, dan aplikasi yang digunakan, kekerapan panggilan dan mesej, kekerapan dicaj, dan faktor-faktor lain.

[10]  Galaxy A52 LTE menggunakan bateri 4,500mAh dan Galaxy A72 menggunakan bateri 5,000mAh.

[11] Kad SD dijual secara berasingan.

[12] Bahan-bahan ini disahkan oleh PEFC (Programme for the Endorsement of Forest Certification), SFI (Sustainable Forestry Initiative) dan FSC (Forest Stewardship Council) 

[13] *Selepas pelancaran pertama telefon. Ketersediaan kemas kini sekuriti mungkin berbeza mengikut peranti dan pasaran. Senarai model kemas kini sekuriti bergantung kepada perubahan dan akan ditinjau pada tempoh tertentu. Untuk keterangan lanjut, sila layari Samsung Mobile “Security Updates” https://security.samsungmobile.com/workScope.smsb

[14] Warna tersedia mungkin berbeza mengikut negara.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Samsung Galaxy A52

Digosipkan Bakal Nikah dengan Engku Emran, Noor Nabila Bakal Kongsi Jika Segalanya Selesai