Tawaran pembaikan percuma ini ditawarkan secara khusus hanya kepada pengguna model Apple Watch Series 5 atau Apple Watch SE sahaja.
Ia berikutan Apple mendapati terdapat sebahagian kecil pengguna model Apple Watch itu yang menjalankan sistem operasi watchOS 7.2 atau 7.3 berdepan isu peranti tersebut tidak boleh dicaj selepas menetapkannya ke dalam mod Power Reserve.
“A very small number of customers with Apple Watch Series 5 or Apple Watch SE models running watchOS 7.2 or 7.3 have experienced an issue with their watch not charging after it enters Power Reserve.” Apple
Bagi menangani isu tersebut, Apple telah melepaskan kemas kini terbaru watchOS 7.3.1 kepada penggunanya.
Walaubagaimanapun, sekiranya pengguna masih juga berdepan isu yang sama iaitu Apple Watch mereka tidak boleh dicaj dalam mod Power Reserve selepas watchOS dikemas kini, mereka boleh menghantarnya ke pusat servis sah Apple bagi mendapatkan pembaikan percuma dari Apple.
“If your Apple Watch still won’t charge, contact Apple Support to set up a mail-in repair free of charge. Your watch will be examined before service to verify that it’s eligible for free repair.” Apple.