Kompilasi lagu-lagu cinta yang popular di Malaysia memang banyak jumlahnya hingga tidak terkira dek jari. Walaubagaimanapun, tiada koleksi yang setanding atau sehebat album yang akan berada di pasaran sedikit masa lagi.
Menghimpunkan 46 buah lagu-lagu cinta yang mengasyikkan dan penuh kesyahduan, Warner Music Malaysia sekali lagi mengorak langkah dengan produk kreatif lagi puitis berjudul KISAH CINTA.
Jika kebanyakan kompilasi yang berada di pasaran kini hanya bertumpu kepada sesuatu genre untuk setiap koleksi, KISAH CINTA menggabungkan dua buah genre yang paling popular di dalam industri muzik Malaysia, iaitu balada dan pop rock. Sesungguhnya KISAH CINTA bolehlah dianggap sebagai satu produk unggul di dalam menyambut kedatangan tahun baru 2011.
Menurut Larry Yusof, Pengurus Strategik Bahagian Domestik Warner Music Malaysia, KISAH CINTA mampu memancing minat ramai pembeli berdasarkan faktor yang disebut di atas, selain pemilihan lagu-lagu yang jarang disatukan di dalam sebuah album. “Buat pertama kalinya, lagu-lagu yang paling popular sekitar 80an digabungkan bersama dengan lagu-lagu terkini dari tahun 2010.
Pendek kata, ianya merangkumi lagu-lagu cinta terbaik sepanjang 30 tahun, dari irama malar segar seawal 1980 sehinggalah lagu-lagu baru terbitan Warner Music Malaysia yang mendapat tempat di hati peminat seperti lagu-lagu Tom dan Wana”, jelas Larry di dalam satu sidang telefon baru-baru ini.
Untuk menjayakan album ini, Larry sendiri bersama pasukannya berusaha mengumpulkan senarai sebanyak mungkin lagu-lagu yang pernah bertakhta di carta-carta lagu dan corong-corong radio.
Paling penting, lagu-lagu yang dikumpulkan bukan sahaja dari khutub khanah Warner Music, tetapi juga dari syarikat-syarikat lain seperti EMI Malaysia, Sony Music, Universal, NSR dan Music Valley. “Dalam menjadikan KISAH CINTA sebagai album lagu-lagu cinta yang unggul, adalah janggal sekiranya kami hanya bergantung kepada lagu-lagu kami dengan menidakkan lagu-lagu lain yang pernah bertakhta di hati peminat-peminat seni muzik tanahair.
Justeru itu, saya amat berbesar hati dan berterima kasih kepada syarikat-syarikat berkenaan yang sudi memberikan kerjasama dengan kami” tambah Larry dengan nada gembira.
KISAH CINTA didatangkan di dalam 3 buah cakera padat, berserta ilustrasi kulit album yang segar dan penuh nostalgik. “Kami ingin menjadikan album ini sebagai satu ‘keepsake’ di kalangan pembeli-pembeli, di mana ianya boleh dijadikan sebagai barangan yang mesti dibeli atau collector’s item” ujar Anne Mukhtar, Pegawai Promosi Senior Bahagian Domestik Warner Music Malaysia. Untuk KISAH CINTA, Anne juga menegaskan yang bukan sahaja koleksi lagu-lagu yang menjadi keutamaan, malah bungkusan dan persembahan menjadi satu pakej di dalam memasarkan album ini.
“Dalam keadaan ekonomi di mana pengguna lebih berhati-hati di dalam pembelian barangan, kami di Warner mesti meyakinkan pengguna yang KISAH CINTA merupakan satu barangan yang patut dimiliki kerana koleksi lagu-lagu hebat, pakej yang menarik serta harga yang amat berpatutan. KISAH CINTA hanya dijual sebanyak RM 29.90. Untuk tarikan pendengar pula, kami mensasarkan semua peringkat umur tanpa mengira batas usia. Lihat sahaja nama-nama artis yang disenaraikan seperti Sudirman, Yunizar Hossein, Jamal Abdillah, dan Francissca Peter yang sinonim dengan konsep malar segar sehinggalah ke nama-nama terkini seperti Siti Nurhaliza, KRU, Dayang Nurfaizah, Wana dan Tom.”
Bolehlah dirumuskan yang KISAH CINTA merupakan sebuah album kompilasi lagu-lagu bernuansakan romantis paling komprehensif sepanjang 30 tahun lalu. Sesunggahnya KISAH CINTA merupakan satu runut bunyi paling indah di dalam kisah cinta kita sehari-harian.
Berikut disenaraikan lagu-lagu yang terkandung di dalam KISAH CINTA:
Disc 1
Biarlah Rahsia – Siti Nurhaliza
Suara Kekasih – Alleycats
Kekasih Awal Dan Akhir – Jamal
Janji Manismu – Aishah
Kerna Terpaksa – Fran
Terasing – Sudirman
Dua Insan – Yunizar Husin &Amp; M Nasir
Pada Syurga Di Wajahmu – Nash
Di Sana Menunggu Di Sini Menanti – Ukay
Kau Ilhamku – Man Bai
Di Pintu Mahligai – Iklim
Segalanya Mungkin – Headwind
Pengemis Cinta – Ella
Kad Ucapan – Nurshila Amin
Kenangan Lalu – Flybaits
Kupendam Sebuah Duka – Khadijah Ibrahim
Disc2
Rindu Bayangan – Carefree
Keroncong Untuk Ana – Kembara
Kehebatan Cinta – Jamal &Amp; Fran
Sekali Aku Jatuh Cinta – Nasir Wahab
Sentuhan Kecundang – Ekamatra
Teringin – Shima
Madah Berhelah – Ziana Zain
Ratuku – Awie
Curiga – Ning Baizura
Jangan Lafazkan – Kru
Dendam Dalam Diam – Nora
Dia – Fauziah Latiff
Merisik Khabar – Sudirman
Siapa Di Hatimu – Rahmat
Hatiku Luka Lagi – Black Dog Bone
Disc 3
Gerimis Mengundang – Slam
Kucari Damai Di Hati – Gingerbread
Kau Kunci Cintaku – Ramlah Ram
Epilog Cinta Dari Bromley – Sohaimi
Rayuanku – Rohana Jalil
Ramalanku Benar Berlaka – Umbrella
Rendang Tak Berbuah – Hattan
Suratan Atau Kebetulan – Kenny Remy Martin
Cukup Sekali – Jay Jay
Dua Insan Bercinta – Ella
Doa Buat Kekasih – Khadijah &Amp; Ramli
Menaruh Harapan – Zaiton Sameon
Redha – Tom
Ingin Bersama Kembali – Wana
Seandainya Masih Ada Cinta – Dayang Nurfaizah
Nantikan juga 2 buah cakera padat VCD KISAH CINTA yang akan turut berada di pasaran bermula 8 Februari 2011. VCD ini akan dijual dengan hanya berharga RM20.90.