Mengakui perkara berlaku ini tidak mudah dilupakan, Janna berkata apa yang berlakukan akan dijadikan sebagai pengajaran untuk menjadi lebih baik.
“Saya memohon maaf di atas segala kekecohan yang berlaku sepanjang minggu dan saya mengambil ini sebagai pengajaran buat saya. Kiranya, ini adalah sejarah hitam buat saya dan untuk jadi saya manusia lebih baik lagi, Insha-Allah,” katanya.
Dalam pada itu, Janna menafikan apa yang berlaku sebagai strategi pemasaran atau pun gimik untuk drama lakonannya kerana drama yang dibintanginya tidak memerlukan strategi pemasaran sebegitu.
Terdahulu, menerusi satu sidang media Janna memohon maaf kepada pihak yang terguris hati dengan tindakannya yang didakwa mempersendakan Lisa Blackpink dengan nama Lisa Blackpig.