Semua dah tahu yang mana JAIS dah pun mengesahkan telah menerima waran tangkap daripada mahkamah, dan sekarang ini, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kini sedang mengesan dan mencari Sajat untuk menangkap dan menahan beliau.
Yang paling mengejutkan, menerusi satu laporan berita, JAIS dikatakan telah mengerahkan seramai 122 anggota dan pegawai penguatkuasanya untuk mencari dan menangkap selebriti kontroversi tersebut. Wow ramainya. Dakwaan itu kemudian menimbulkan persoalan ramai berhubung keperluan anggota sebanyak itu semata-mata untuk menangkap Sajat.
Rata-rata pengguna media sosial berpendapat Jais tidak memerlukan jumlah sebanyak itu hanya semata-mata untuk menahan Sajat.
“Seriously? Ramai betul sampai 122 orang, Sajat seorang je kan.”
“Nak nak tangkap John Wick ke apa sampai 122 orang.”
“Tudiaa, 122 orang weh, ramai-ramai buat apa” tulis beberapa netizen.
Dalam pada itu, ramai juga yang mempertahankan JAIS dan meminta orang ramai menyerahkan tugas tersebut kepada pihak berkuasa.
“Dunia akhir zaman, orang hentam JAIS, defend Sajat.”
“Biarlah JAIS buat kerja, mesti ada sebab tu, tangkap salah tak tangkap pun salah” tulis beberapa netizen lagi.
Bagaimanapun, memetik laporan Sinar Harian, Pengarah JAIS berkenaan iaitu Datuk Mohd Shahzihan Ahmad memberi penjelasan bahawa bukan seramai 122 orang yang serbu dan tangkap Sajat dalam satu masa.
Sebaliknya, hanya sekitar empat orang penguat kuasa JAIS diperlukan untuk menahan usahawan kosmetik itu dalam satu-satu masa.
“Jumlah penguat kuasa seramai 122 orang itu merupakan jumlah signifikan untuk mereka yang mempunyai kuasa menahan Sajat.
“Bagaimanapun, hanya empat orang penguat kuasa JAIS diperlukan untuk menahan Nur Sajat jika beliau berada di dalam premis seperti rumah, hotel dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Menurutnya, anggota penguat kuasa JAIS akan ditempatkan di lokasi biasa Nur Sajat sering berada dan boleh menahan Sajat tanpa menunjukkan waran tangkap daripada Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.
Dalam pada itu, Sajat sekarang ini tengah bersenang lenang, tengah rileks, kekal tenang memuat naik ‘posting’ baru di Instagram meskipun dirinya dicari oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sejak beberapa hari lalu. Hebat betul Sajat, susah juga nak cari Sajat ni. Ilmu apa yang Sajat pakai ek sampai susah sangat nak tangkap beliau?
Malah, dalam satu ‘posting’ di laman Instagram hari ini, Sajat dilihat giat mempromosi produk kecantikannya di sebuah salon miliknya yang terletak di Damansara. Power betul Sajat, 122 orang tengah cari dia, dia buat rileks je gi Salon buat rambut. Siap sempat promote lagi bengkong dia.
Bukan itu sahaja, Sajat dengan berani memuat naik InstaStory seakan memerli pihak berkuasa yang dikhabarkan sedang memburu dirinya. Sajat tulis”
Sila sambung, polis n 3, one to jaga,”
Menjengah ke ruangan komen ‘posting’ Sajat, salah seorang pengikutnya bertanya mengenai tempat dia bersembunyi, namun dia hanya membalas secara berseloroh.
Ya ke? Tak tekan loceng rumah pun. Kuat ‘propa’,” balas Sajat.
Terdahulu, Nur Sajat dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.
Pada 6 Januari lalu, Nur Sajat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Syarie Mohamad Khalid SHaee @ Shaii.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat, pada 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.
Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.