Desas desus atau khabar angin ini bermula apabila Ayda Jebat dikatakan telah berjumpa pakar perbidanan dan sakit puan di Pusat Perubatan Prince Court untuk melakukan pemeriksaan. Pada masa yang sama, beberapa sumber terdekat khabarnya turut mengesahkan berita kehamilannya walaupun tidak didedahkan usia kandungannya. Walau bagaimanapun, sumber memberitahu pasangan ini masih belum bersedia untuk mengumumkan berita gembira ini. Ditambah pula dengan usia kandungan yang masih lagi di dalam fasa awal kehamilan. Pastinya Ayda dan Nabil mahukan yang terbaik.
Mengukukan spekulasi itu, berdasarkan kepada tweet Ayda pada awal bulan lalu di mana di dalam tweet itu, Ayda meluahkan kesyukurannya dengan rezeki yang diterima walaupun tidak mendedahkan lebih lanjut ianya mengenai apa.
Dan, pada hari ini, Nabil Mahir telah menyiarkan satu posting di Instagram meminta orang ramai tidak buat atau menyebarkan sebarang spekulasi mengenai berita Ayda Jebat telah hamil.
Menerusi perkongsian tersebut, Nabil Mahir berkata sebarang berita gembira sudah tentu akan dikongsi untuk pengetahuan umum dan juga para peminat.
Budiey dah pun baca posting tersebut, ternyata Nabil meluahkan rasa kecewa dengan tindakan sebuah portal yang seakan-akan tidak menghormati privasi mereka. Hal ini kerana berita gembira haruslah dikongsi oleh ‘tuan badan’ sendiri dan bukan melalui gosip sahaja.
Walau bagaimanpun, dia mengucapkan terima kasih di atas kesemua doa dan ucapan yang diberikan selain turut berharap kesemua pihak faham dengan situasi pada waktu kini.
Posting berkenaan sudah tentu mendapat perhatian daripada warganet yang berharap agar mereka sentiasa kuat menghadapi sebarang dugaan.
Rata-rata warganet juga bersetuju rezeki cahaya mata merupakan topik sensitif dan tidak seharusnya digembar gemburkan tanpa keizinan.
Terdahulu, Ayda dan Nabil mengikat tali pertunangan pada April tahun lalu dan selamat diijabkabulkan pada 1 Januari 2021.
Apa pendapat korang tentang berita ini? Boleh tulis di ruangan komen,