Dalam beberapa perkongsian di media sosial tersebut, ibu penyanyi berusia 22 tahun itu seakan memberi bayangan bahawa mereka sudah berbaik apabila menulis ‘love you forever my son’ dengan disertakan gambar-gambar bersama.
Dalam perkongsian tersebut, Aiman juga dilihat membalas ucapan tersebut dengan mengatakan rasa sayang kepada ibu dan juga ayahnya.
Hazelina turut memuat naik gambar Aiman Tino dan Farah Hezel yang juga seorang penyanyi dengan kapsyen ‘permata hatiku’.
Minta maaf atas yang berlaku
Di kesempatan itu, wanita berkenaan juga telah memohon maaf kepada netizen diatas apa yang berlaku sebelum ini. Dia juga turut memaafkan semua pihak yang mengecam mereka sekeluarga agar tidak mempunyai sebarang ‘hutang’ di akhirat kelak.
Hazelina yang selesa disapa Riena mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang memberikan nasihat dan juga kata-kata semangat sepanjang kemelut yang berlaku.
Sehubungan dengan itu, rata-rata netizen yang meninggalkan komen diruangan Instagramnya telah mendoakan agar hubungan anak-beranak ini terus berjalan dengan baik.
Mereka juga berharap supaya Hazelina tabah dan kuat dalam menghadapi dugaan anak-anak yang sedang meningkat dewasa.