Sebagai penutup tirai 2010 dan sekaligus bersempena dengan sambutan tahun baru 2011 yang akan muncul tak lama lagi, Media Hiburan telah mengadakan parti yang bertemakan Masquerade di Menara KL semalam.
Budiey turut dijemput untuk menghadiri kemuncak acara bagi majalah mingguan nombor satu di Malaysia ini. Terima kasih kepada editor, Cik Meen yang sudi menjemput Budiey.com. Serta tak lupalah semua sekalian rakan media yang berlindung di balik majalah ini.
Budiey difahamkan sebanyak 250 orang tetamu hadir di parti hujung tahun ini. Artis pun memang ramai juga yang sanggup menyewa baju & kostum untuk melaram sakan. Belum tengok lagi kehadiran pembaca yang semuanya memang ada kelas lah. Memang berbaloilah diorang ni dipilih menerusi satu pertandingan di Facebook.
Baik pembaca dan artis, semuanya hadir dengan mengikut tema yang ditetapkan. Nampak memang sangat meriah. Macam-macam fesyen boleh kita tengok.
Foto: Seperti juga Fafau, Shaheizy Sam juga turut menggayakan fesyen ala samurai Jepun. Memang padan dan sesuai dengan raut wajahnya yang tak ubah macam orang Japanese. Memang kacak bergaya, gagah perkasa seperti pahlawan samurai yang punya pesona.