Sejak akhir-akhir ini dapat dilihat teknologi pemprosesan makanan semakin berevolusi dengan penghasilan daging ayam, lembu dan kambing berasaskan tumbuh-tumbuhan.
Phuture Foods dari Malaysia misalnya menghasilkan daging kambing, ayam dan khinzik sintetik yang diperbuat daripada sayur-sayuran. Di Malaysia era makanan segera dengan daging sayur-sayuran ini mungkin akan bermula minggu hadapan.
Imej acah untuk KFC Zero Chicken Burger telahpun tertiris ke arena web dengan jualan akan dibuka pada 9 Februari hadapan. Berdasarkan maklumat menu yang diberikan, Zero Chicken Burger akan menggunakan daging diperbuat daripada sayur-sayuran sepenuhnya.
Sungguhpun begitu ia masih lagi belum mesra insan mayur dan vegan kerana dimasak bersama daging sebenar di restoran. Sekiranya imej acah ini terbukti benar, KFC Malaysia mengikuti langkah KFC SIngapura yang mula menawarkan Zero Chicken Burger bulan lalu.
Mengikut gambar tertiris untuk menu KFC Zero Chicken Burger, ia dijangka ditawarkan pada harga RM12.99 untuk burger sahaja ataupun RM15.99 untuk set. Adakah anda sudah bersedia untuk dunia daging yang sebenarnya daripada sayur?
*Sumber: Amanz