Pada petang tadi, telah berlangsung majlis penajaan koleksi permaidani merah di Rafflesia untuk Anugerah Skrin pada malam ini. Seramai 7 orang artis telah mendapat tajaan dari segi barang kemas untuk diperagakan di red carpet Anugerah Skrin 2010.
Inilah gambar yang Budiey rasa korang antara yang pertama dapat tengok. Hehe, masih segar dari kamera.
Antara artis yang terlibat ialah pelakon drama Nur fatiah, Diana Danielle, Eja, Scha Alyahya, Juliana Evans, Julia Ziegler, Kila Fairy – berlakon dalam filem arahan Yusry, Karak.
Semuanya anggun-anggun dan cantik-cantik belaka. Tak gitu?