Justeru itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam satu hantaran menerusi akaun instagram baginda menjelaskan mengenai bahagian daging lembu yang dipanggil sebagai “Daging Harimau Menangis”.
“Noor Kartini TIDAK SALAH cuma…”
Menurut baginda, tindakan Datin Noor Kartini untuk mempatenkan jenama Daging Harimau Menangis itu tidak salah cuma perlu memberikan nama masakan itu.
Malah, baginda berharap agar penjelasan ini dapat difahami oleh semua orang termasuklah netizen dan followers baginda.
“Saya harap semua faham dan terima penjelasan saya… mungkin orang muda tidak tahu, tapi kalau tanya orang tua dia tidak salah!Cuma saya nak tahu, tetel tu dari bahagian mana… is it the belly?”
Baginda Permaisuri Agong juga sempat memuat naik menerusi entri berikutnya dengan berkongsi bahagian daging lembu yang dipanggil daging harimau menangis.
” pokok nya yg saya nak jelaskan, memang ada bahagian lembu yg di panggil harimau menangis …… saya ingat sama dgn daging tetel… kalau sy salah , minta maaf …. “ tulis baginda.