Penyampai radio Hot FM, Shahmira bin Muhammad atau lebih dikenali sebagai Shuib telah mengumumkan bakal meninggalkan Geng Pagi Hot di Hot FM setelah 2 tahun ke udara bersama. Dengarkan hari terakhir Shuib bersama Shuk dan Fizie menerusi segmen Geng Pagi Hot, Jumaat ini, 22 Januari 2021 bermula 6 pagi hingga 10 pagi.
Shuib memaklumkan perkhabaran itu pagi tadi, semasa ke udara bersama Geng Pagi Hot. Shuib berkata beliau meninggalkan Hot FM kerana ingin menumpukan sepenuh perhatiannya kepada perniagaan yang dijalankan.
Sebelum ini, Shuib mengendalikan segmen Geng Pagi Hot bersama Shuk dan Fizie dari jam 6 pagi hingga 10 pagi.
Pihak pengurusan Ripple terutama Hot FM merakamkan setinggi penghargaan kepada Shuib sepanjang penglibatan beliau bersama Hot FM malah pihak pengurusan radio tersebut juga akan terus menyokong karier dan masa hadapan beliau pada masa akan datang.