in , ,

Minta Bahu Ditutup, Rupanya Pavithra Pernah Pakai Gaun Sama Dengan Natasha Hudson

Baru-baru ini kecoh di media sosial dengan isu Natasha Hudson yang telah menggayakan gaun rekaan Rizman Ruzaini dengan inner warna kulit. Gaun tersebut telah menampakkan bahu selebriti terbabit dan ramai yang telah mengecam tindakannya sebab dikatakan tidak sesuai dengan imejnya yang telah berhijab.

Kali ini, pereka fesyen, Rizman Ruzaini telah tampil berkongsikan bahawa gaun tersebut sebenarnya pernah digayakan oleh Youtuber masakan terkenal iaitu, Pavithra. Pavithra, 29 tahun telah memakai busana itu ketika sesi fotografi dengan majalah @pepatungmy, tahun lalu.

Perkara itu telah dikongsikan melalui Instagram rasmi @RizmanRuzaini semalam.

Dalam posting Instagram tersebut, pereka fesyen tersebut menjelaskan bahawa Pavithra sendiri yang request agar bahunya yang sedikit terdedah itu ditutup dengan sempurna. Katanya, dia kurang selesa dengan gaun yang terdedah di bahagian bahu tersebut.

Tak Sebut Nama Suami Masa Terima Anugerah Dikatakan Punca Sugu Bergaduh Dengan Pavithra?

Selain itu, Rizman Ruzaini juga menjelaskan bahawa sesi fotografi terbabit merupakan kali terakhir gaun itu dipinjamkan sebelum ia dijual.

Difahamkan, untuk sesi photoshoot tersebut, fashion stylist juga turut berada di situ untuk memudahkan kerja-kerja suai padan busana dan aksesori untuk Pavithra. Penata gaya terbabit juga menghormati permintaan Pavithra untuk menutup bahagian bahunya dan perkara ini juga tidak menimbulkan sebarang masalah di pihak Rizman Ruzaini.

Katanya, Rizman Ruzaini takde masalah pun kalau nak tutup bahu asalkan style dan identiti gaun tersebut tidak berubah. Yang paling penting, si pemakai tu kena selesa la kan dengan baju tu. 

Setakat ini, posting tersebut telah mendapat sebanyak 20,209 likes dan 284 komen daripada netizen (ketika artikel ini ditulis).

Apa-apa pun, janganlah kita bergaduh sesama sendiri di social media. Yang baik kita kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Natasha Hudson Dakwa Kenyataan Berat Sebelah, Tuntut Rizman Ruzaini Mohon Maaf

Dapat Duit I-Sinar, 6 Beradik Sepakat Beli Gelang Emas Hadiah Buat Ibu Tercinta