in , ,

Ozlynn Wati Jadi Hos Program JEJAKA INSTA MASUK DAPUR di TV Okey

Permulaan Tahun Baharu 2021 memperlihatkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang bakal meraikan ulang tahun ke-75 tahun ini tampil dengan pelbagai program segar termasuklah salah satunya diberi tajuk “Jejaka Insta Masuk Dapur” yang sudah pun mulai bersiaran episod pengenalannya pada 3 Januari lalu.

Dalam 13 episod program masakan disiarkan setiap Ahad, pukul 10.30 pagi di TV Okey yang mengetengahkan 13 selebriti berbeza ini, penonton dapat menyaksikan bagaimanakah selebriti pujaan mereka ‘turun padang’ ke dapur bagi menyediakan menu masakan yang menjadi kegemaran mereka.

Kemunculan pelakon Ozlynn Wati sebagai hos juga pastinya merancakkan lagi suasana di dapur dalam program terbitan Kru Studios ini. 

DI TV OKEY

Selebriti popular yang disenaraikan terlibat berkongsi kemahiran memasak termasuklah Harris Annuar, Farhan Asri, Allan Toh, Raja Shahiran, Zac Zaky, Ali Muhaimin, Muntazar Ghani, dan Safwan Nazri.

Luangkan masa juga menyaksikan episod mengundang tetamu Adrian Edy, Tengku Arief, Abbas Mahmood, Hakim Nordin dan Alam Wakaka dalam program santai yang bersiaran 30 minit ini. 

Ingin mengetahui apakah menu-menu pilihan dan bagaimana aksi mereka menyediakan menu tersebut, ikuti siarannya di TV Okey. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

HOS OZLYNN BERSAMA TETAMU
JEJAKA INSTA MASUK DAPUR
TETAMU HARRIS ANNUAR

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lil J Lancar Single TAHUN BARU Sempena Membuka Lebaran Tahun 2021

JOOX Lancar Hip Hop Beats Meriahkan Perkembangan Muzik Hip-Hop di Malaysia