in

SHOWDOWN 2011 Kembali gegarkan Malaysia

Peluang anda menjadi krew jalanan terhebat

Setelah menempa kejayaan besar pada kemunculan pertama tahun lepas, SHOWDOWN kini kembali untuk musim ke-2! SHOWDOWN 2011 yang cukup dikenali sebagai satu-satunya rancangan pencarian tarian krew jalanan yang tergempak di Malaysia kembali menggegarkan industri hiburan untuk mencari krew terbaik!

Tujuan rancangan ini diadakan adalah untuk membawa tarian jalanan ke suatu tahap yang lebih tinggi disamping mengubah persepsi masyarakat terhadap tarian ini. Tarian jalanan seharusnya menerima penghormatan dan perhatian setaraf dengan tarian-tarian lain seperti ‘ballroom dancing’ dan juga tarian tradisional.

SHOWDOWN 2011 akan memaparkan drama serta aksi menarik untuk tontonan peminat semua. Tidak hanya mempersembahkan gerakan hip-hop malah krew-krew ini bakal menunjukkan kreativiti masing-masing dengan menggabungkan tarian-tarian lain dalam setiap persembahan. Cabaran yang diberikan setiap minggu diterima baik oleh peserta.

DSC_7755

Tema dan konsep setiap minggu diadun dengan kreativiti setiap krew bagi memastikan persembahan mereka berjaya menarik perhatian penonton!

“SHOWDOWN 2011 kembali untuk mencari krew tebaik di Malaysia. Perkembangan pesat tarian hip-hop dan tarian jalanan kini telah melahirkan ramai remaja yang berbakat. Ini telah dibuktikan dengan sambutan luar biasa dalam SHOWDOWN 2010 dan kerana itu kami membawakan anda musim kedua yang pasti lebih menarik dan menghiburkan.” kata Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim.

Kim menambah “Ini adalah saluran yang terbaik untuk remaja-remaja ini mengasah bakat mereka. Kami bukan sekadar mencari pemenang untuk pertandingan ini tetapi kami mencari kelainan yang boleh memberi impak untuk mengubah persepsi tarian ini di Malaysia.”

8TV yakin bahawa rancangan ini bakal menarik perhatian ramai kerana semua peserta yang memasuki pertandingan ini berpeluang untuk merangkul gelaran juara.
SHOWDOWN 2011 akan mengadakan sesi ujibakat diseluruh negara bermula pada bulan Januari 2011. Sesi ujibakat SHOWDOWN 2011 akan bermula di Kuching, Sarawak pada 8hb Januari 2011. Sesi ujibakat kedua pula akan dijalankan di Kota Kinabalu, Sabah pada minggu seterusnya iaitu pada 15hb Januari 2011.

Pertempuran hebat krew-krew di Semenanjung bakal dapat disaksikan sepanjang ujibakat yang akan dijalankan di Kuala Lumpur pada 21 dan 22 Januari 2011 nanti. Sesi pendaftaran ujibakat akan dibuka dari jam 9.00pagi hingga 3.00petang dilokasi-lokasi tersebut di atas.

Semasa sesi ujibakat, para penari akan menari mengikut rentak dan ‘style’ mereka sendiri untuk menarik perhatian juri. Setiap kumpulan diwakili oleh 5 hingga 7 penari.

Mereka yang berjaya melepasi sesi ujibakat akan bertanding terus pada keesokan harinya dalam sesi ‘Battle’ di mana mereka akan menentang antara satu sama lain dan mereka yang memenangi pusingan ‘Battle’ akan mara ke peringkat seterusnya di Kuala Lumpur.

Ujibakat adalah terbuka kepada semua penari dari pelbagai peringkat umur. Mereka yang di bawah umur disyaratkan untuk meminta pengesahan dari ibu bapa masing-masing terlebih dahulu.

DSC_7744

Pada penghujung ujibakat tersebut, 14 kumpulan yang terpilih akan bertanding di sesi ‘Show Off’ untuk menentukan tempat ke Top 12.

12 krew akan mula beradu nasib dan disinilah bermulanya proses penyingkiran mingguan. Untuk mengetahui siapakah yang bakal tersingkir, pusingan penentuan yang dipanggil ‘Dance Off’ dibuat pada setiap minggu dan diakhir rancangan 4 kumpulan penari yang memperolehi markah yang terendah akan bertanding sekali lagi sesama mereka untuk melayakkan diri ke pusingan berikutnya.

4 kumpulan terakhir yang berjaya ke peringkat akhir akan ke “Final Countdown” di mana mereka akan mempersembahkan tarian dengan ‘style’ “krump-ing”, “lock-ing” dan “break dance” untuk menarik perhatian juri dan penonton dan seterusnya dijulang sebagai juara SHOWDOWN 2011 .

Penyampai radio Fly FM, Hafiz Hatim sekali lagi diberi tanggungjawab mengacarakan SHOWDOWN 2011.

Program ini pasti kurang menyengat tanpa kehadiran Joe Flizzow, penyanyi rap terkenal dan Maple Loo (koreografer / penari) selaku juri tetap SHOWDOWN 2011 . SHOWDOWN 2011 dengan bangganya dibawakan oleh 8TV dan mengalu-alukan kehadiran Vitagen sekali lagi yang tampil menjadi rakan penaja seiring dengan Tune Hotel sebagai hotel rasmi.

Manakala stesen radio FlyFM dan majalah Just Dance!, Majalah tarian No.1 di Malaysia diangkat sebagai rakan media tahun ini.

SHOWDOWN 2011 akan ditayangkan kepada umum pada bermula 6 April 2011, setiap Rabu jam 9.30 malam, hanya di 8TV.

Anda juga boleh mengikuti perkembangan kumpulan kegemaran anda serta episod kegemaran anda di www.facebook.com/8TV showdown 2010. SHOWDOWN 2011 merupakan rancangan menarik yang harus ditonton oleh semua. Sudahkah anda bersedia menyaksikan bakat tarian krew jalanan ini?

Anda juga boleh menonton 8TV menerusi saluran 708 di Astro. Program-program 8TV boleh juga ditonton menerusi online di laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my. Jika anda terlalu sibuk dengan urusan harian, anda masih boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda!

DSC_7669

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Finalis Top 5 8TV Quickie Search

Jimmy Shanley & Isteri Tak Tinggal Sebumbung Rumantangga Retak