Siapa yang tidak kenal dengan Penyanyi No 1 Negara, Dato Sri Siti Nurhaliza. Sudah berkecimpung dalam dunia seni sejak berusia 16 tahun, namanya juga begitu besar dan dikenali baik di dalam mahupun luar negara, namun orangnya begitu humble dan ‘low profile’.
Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa dengan panggilan Tokti baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila tersenarai sebagai 100 Selebriti Asia Pasifik yang paling berpengaruh bersama pengacara dan usahawan, Neelofa.
Namun tidak sampai beberapa minggu, Tokti sekali lagi mendapat pengiktirafan dunia apabila diumumkan oleh Adelaide Festival Center sebagai antara 3 selebriti dan pengkarya yang namanya bakal diabadikan di Walk Of Fame di Sungai Torrens, Adelaide, Australia bagi tahun 2019.
Yang menariknya Tokti terpilih selepas memecahkan rekod undian secara atas talian dan memenangi kategori Public Choice.
Berita gembira itu dimaklumkan penyanyi itu sendiri menerusi satu muat naik di laman Instagram peribadinya pada Selasa.
Menerusi kapsyen muat naik foto berkenaan, Siti turut menyatakan rasa syukur ke atas penghargaan tersebut, terutamanya kepada para peminatnya yang sering menyokongnya tanpa jemu.
“Alhamdulillah, terima kasih semua yang menyokong saya tanpa jemu, peminat-peminat saya yang selalu ada dalam susah dan senang. Ini untuk anda yang bersama-sama saya selama ini.
“Nanti kalau ke Adelaide lagi, bolehlah saya ambil gambar dengan Walk Of Fame sendiri, tak sangka sebenarnya,”
– Dato Sri Siti Nurhaliza
Untuk makluman, Siti dipilih selepas memecahkan rekod undian terbuka yang dijalankan secara dalam talian dan penyanyi itu berjaya memenangi kategori Pilihan Ramai.
Dua lagi selebriti dan penggiat seni yang terpilih bersama Tokti ialah pemuzik (pemain Didgeridoo) terkenal Australia William Barton yang dipilih menerusi kateogiri Pilihan AFCT dan koreaografer Frances Rings yang dipilih menerusi kategori Pilihan Pengkritik.
Menyertai Siti untuk diberi pengiktirafan itu adalah dua lagi selebriti dan penggiat seni yang terpilih, iaitu pemuzikterkenal Australia, William Barton yang terpilih menerusi kategori Pilihan AFCT dan Penari Australia, Frances Rings yang dipilih menerusi kategori Pilihan Pengkritik.
Siti merupakan penggiat seni Malaysia yang pertama yang mendapat pengiktirafan itu di sana.
Setiap tahun sebanyak tiga bintang antarabangsa akan dipahat di Walk Of Fame berkenaan di mana pengiktirafan tersebut diberikan buat mereka yang pernah melakar sejarah di pentas seni Adelaide Festival Centre sejak ia mula dilancarkan pada tahun 1973.
Siti juga pernah membuat persembahan di ‘Adelaide Festival Centre, OzAsia Festival’ pada tahun 2019.
Lebih mencipta sejarah apabila Tokti adalah rakyat Malaysia pertama yang berjaya terpilih untuk diabadikan namanya disana.
Setakat ini, buah hati rakyat Malaysia ini telahpun memenangi hampir 300 anugerah dari dalam dan luar negara. Kini, nama beliau bakal dijadikan tatapan orang ramai di Walk of Fame Adelaide, sebaris dengan seniman tersohor dunia!