in

Gambar Lisa Surihani di Sidang Media Revelation of Project Light

Pada jam 10 pagi tadi, Budiey telah bertemu dengan pelakon yang semakin meningkat naik, Lisa Surihani di event Revelation of Project Light yang diadakan di Fullhouse, Sunway Giza, Kota Damansara, Petaling Jaya.

Lisa Surihani Garnier Light

Event ini sebenarnya telah mengumumkan keputusan Project Light. Untuk info pembaca, Project Light ini adalah projek pemerhatian yang dilakukan ke atas dua orang peserta terpilih yang telah diuji dengan menggunakan Garnier Light selama 2 minggu. Hasilnya sangat menakjubkan bila mana Budiey dapat saksikan sendiri perbezaan sebelum dan selepas peserta ini menggunakan Garnier Light.

Dua peserta itu ialah Ni’azza Binti Zaharuddin dan Nur Aliyah Binti Rosmi. Tahniah Aliyah dan Jaja sebab kulit korang yang dulunya gelap tonanya kini dah makin cerah dari sebelumnya dengan hanya menggunakan Garnier Light selama 2 minggu.

Lisa Surihani Garnier Light

Projek Light ini menunjukkan keberkesanan Garnier Skin Naturals Light Whiten & Even Moisturising Cream. Dua bahan yang paling berkesan dalam produk ini ialah Pure Lemon Essense dan Snowpine Whitesource yang bertindak memutihkan dan mencerahkan tona kulit yang gelap dan kusam. Snowpine Whitesource pula mempunyai 10 kali kuasa memutihkan berbanding Vitamin C.

Lisa Surihani Garnier Light

Seperti yang semua dah maklum, pelakon dan pengacara Lisa Surihani adalah duta produk Garnier Light. Tahniah buat Lisa. Menurut Lisa, beliau dah lama menggunakan produk kecantikan kulit dari Garnier iaitu sebelum dilantik menjadi duta lagi. Keberkesanan dan kesesuaian dengan kulit Lisa menjadikan Garnier adalah temannya yang dapat membantu memberikan keserian pada wajahnya.

Di event ini juga, Budiey dapat tengok Lisa Surihani berucap dalam bahasa Inggeris. Memang fasih. Patutlah Lisa juga dilantik sebagai pengacara untuk sebuah program di ESPN. Pengalaman belajar di luar negara dipergunakan untuk menjadikan beliau fasih dalam mendalami bahasa. Ya, untuk seorang pengacara, mendalami pelbagai bahasa sangat penting. Orang kata, lagi banyak bahasa yang dikuasai, lagi banyak lah bayarannya ya?

Buat Lisa, selamat maju jaya untuk tahun 2011. Semoga tahun 2011, bintang pesona Lisa Surihani lebih cerah dan bersinar!

Lisa Surihani Garnier Light

Lisa Surihani Garnier Light

Lisa Surihani Garnier Light

Lisa Surihani Garnier Light

Lisa Surihani Garnier Light

Lisa Surihani Garnier Light

Lisa Surihani Garnier Light

Lisa Surihani Garnier Light

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelancaran Album Terbaru Sofazr MAAF DARI HATI MOHD ATLAS

Raj Winner The Biggest Loser Asia Season 2