NIKMATI KEENAKAN MAGNOLIA SHERBET TERBARU
Alami kesegaran buah-buahan tropika dengan Magnolia Sherbet
Campuran perisa tropika dan keenakan buah-buahan berkhasiat disajikan dalam bentuk syerbet yang lazat dan menyegarkan. Tak sabar untuk menikmatinya? Dengan Magnolia Sherbet serba terbaru dari F&N Dairies, satu cawan pasti tak cukup!
Magnolia Sherbet boleh didapati dalam empat perisa enak iaitu laici, manggis, oren dan tembikai susu. Rasa buah-buahan sebenar yang dihidangkan dalam bentuk syerbet akan membuatkan anda berasa segar dengan setiap sudu. Setiap cawan pasti akan menepati citarasa anda dan adalah satu kemestian untuk dinikmati pada bila-bila masa agar anda sentiasa tersenyum riang dan bersikap positif sepanjang hari.
Magnolia Sherbet juga sesuai untuk mereka yang mementingkan pencuci mulut berkhasiat dan sihat. Produk ini bukan saja sedap sebagai pencuci mulut tetapi juga sesuai untuk dinikmati sebelum waktu makan kerana rasanya begitu menyelerakan dan menyegarkan. Penuh dengan kandungan buah-buahan sebenar, Magnolia Sherbet memberi anda hidangan berkhasiat dan lazat yang ideal untuk semua peringkat usia.
Menurut En. Woon Chun Han, Penolong Pengurus Besar – Bahagian Aiskrim, F&N Dairies (M) Sdn Bhd, Magnolia Sherbet terbaru agak unik dan setiap cawan menjanjikan satu pengalaman indah yang sukar dilupai.
“Penyelidikan membuktikan para pengguna akan menikmatinya jika mereka mendapati sesuatu produk tersebut berkualiti, enak dirasa dan berkhasiat. Dengan Magnolia Sherbet, para pengguna pasti akan dapat merasakan campuran unik perisa tropika yang begitu enak dan menyegarkan. Kami yakin, dengan empat perisa kegemaran rakyat Malaysia ini, para pengguna akan menyambut baik keluaran terbaru ini yang begitu menyegarkan. Lagi pun, produk ini unik dan tidak seperti produk-produk lain di pasaran!”
Magnolia Sherbet di jual di semua pasar raya, pasar besar dan kedai runcit utama, dalam bentuk cawan 85ml dengan harga runcit RM2.50 (SM) dan RM2.80 (Sabah & Sarawak). Untuk benar-benar menikmatinya, cubalah kempat-empat perisa enak ini dan nikmati kehebatan rasa buah-buahan tropika!
Dapatkanlah secawan Magnolia Sherbet hari ini untuk mengalami aiskrim lazat yang begitu menyegarkan.
Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai jenis ais krim Magnolia, sila kunjungi www.fndairies.com.
Magnolia adalah pilihan utama kebanyakan keluarga di Malaysia kerana ia memberikan nilai hebat, rasa hebat dan produk-produk inovatif. Rasa serba semulajadi Aiskrim Magnolia telah menjadikannya pilihan utama. Semua produk Magnolia telah menjalani proses kawalan mutu yang ketat bagi memastikan kesegaran dan kualiti yang optimum.
F&N Dairies (M) Sdn Bhd adalah anak syarikat milik penuh F&N Holdings Berhad serta pengilang dan pemasar utama susu pekat manis, susu sejat, jus pasteur dan aiskrim di Malaysia.