Scam ini melibatkan sebuah emel dan mesej SMS yang kononnya daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM yang menyatakan penerima mempunyai transaksi yang belum diselesaikan dengan TM.
TM menasihati pengguna untuk hubungi unifi atau saluran rasmi TM jika terdapat sebarang keraguan melibatkan mesej yang kononnya datang daripada TM. Secara umumnya, jika anda mendapat sebarang mesej atau emel yang meminta butiran peribadi seperti nombor IC dan alamat, besar kemungkinan ia adalah satu scam.
Waspada jika anda menerima emel yang kononnya daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM yang menyatakan si penerima mempunyai transaksi yang belum diselesaikan dengan TM. Sila ambil maklum bahawa emel tersebut adalah PALSU dan TIDAK BENAR sama sekali!
Dalam laman web ini, TM telah menyenaraikan senarai scam yang menyamar sebagai syarikat tersebut. Kami berharap agar para pembaca akan terus berwaspada dengan taktik scammer yang semakin licik pada waktu ini.