in

Soccer Kids VS Conburi FA Ahad Ini

‘Soccer Kids’ program realiti bola sepak yang mencungkil bakat-bakat baru kanak-kanak berusia sekitar 12 tahun dari seluruh negara bakal memberi impak kepada industri sukan bolasepak tanah air.

Program yang dianjur dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ini kini telah mengenalpasti 19 pemain terbaik setelah menjalani latihan dan pemilihan di pusat latihan FAM.

Bagi mengetahui kehebatan pemain-pemain ini, satu perlawanan persahabatan akan diadakan di antara pasukan “Soccer Kids” menentang “Conburi FA”, pasukan kelab bawah 12 tahun dari negara jiran, Thailand.

Turut hadir pada perlawanan ini nanti adalah Dato’ Azzuddin Ahmad, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Mohid Mohamed, Ketua Setiausaha Kementerian Belia & Sukan dan Dato’ Sri Farid Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad.

Tarikh : 19 Disember 2010 (Ahad)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Stadium MBPJ (Kelana Jaya) Petaling Jaya

Jom sama-sama meriahkan untuk berikan sokongan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Amazing Race Bujang Sepah di Golden Palm Tree Resort

Senarai Pencalonan Kategori Anugerah Skrin 2010