Difahamkan, Altimet kecewa usahanya menemukan Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez dengan barisan tertinggi RPM bagi mencari penyelesaian isu royalti ditolak.
Freddie berkata, dia terkejut dengan berita perletakan jawatan Altimet selepas keengganan Ahli Lembaga Pengarah RPM bertemu dengannya untuk menyelesaikan masalah.
“Karyawan memiliki ramai ahli dalam RPM yang berpengalaman dan boleh membantu dalam menyelesaikan masalah pengagihan royalti, tetapi ditolak oleh Ahli Lembaga Pengarah RPM lain.
“Dengan perunduran Altimet, kini hanya tinggal empat ahli lembaga iaitu satu jumlah yang begitu kecil dan terdiri daripada mereka yang tidak berpengetahuan luas mengenai pengagihan royalti,” katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan.
RPM diterajui Pengerusinya, Datuk Sheila Majid dan empat Ahli Lembaga Pengarah RPM iaitu Altimet, Jaclyn Victor, Ana Raffali dan Aniu.
Sementara itu, Altimet berkata, dia sudah menyatakan hasrat meletak jawaran kepada Sheila dan tiga Ahli Lembaga Pengarah RPM.
“Masa untuk saya menjadi Ahli Lembaga Pengarah RPM sudah tamat. Tiada apa lagi yang mampu disumbangkan secara produktif dalam RPM.
“Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan, lebih baik saya digantikan dengan orang yang boleh memberikan manfaat,” katanya.
*Sumber: BH Online