Penyanyi dan pelakon, Harris Alif, 21, berkongsi foto berkonsepkan pra-perkahwinan menerusi akaun Instagram miliknya. Mengenakan busana sedondon rona merah jambu, Harris dilihat memegang sebentuk cincin. Entri yang diiringi kapsyen ‘semoga cinta kita mekar selamanya’ mencetuskan spekulasi apakah dia sudah melamar Intan.
Harris yang kini menjalin hubungan cinta dengan pelakon Intan Ladyana, 38, enggan mengulas lanjut mengenai foto terbabit.
“Saya mohon maaf, buat masa ini, saya tak mahu memberikan komen lanjut mengenainya,”
– Harris Alif
Namun begitu, ketika ditanya mengenai kesediaan menggalas tanggungjawab sekiranya bakal bergelar suami pada usia muda, Harris tidak merasakan ia sebagai satu faktor penghalang.
Ditanya persediaan dirinya menggalas tanggungjawab sebagai suami pada usia muda, Harris tidak menganggap ia faktor penghalang.
Harris berkata, dia lebih selesa menyerahkan soal jodoh kepada kepada Tuhan.
“Kalau bercakap pasal tanggungjawab, ia bukanlah terletak pada umur semata-mata, tak semestinya begitu, tanggungjawab itu harus dilihat pada diri kita sendiri.
“Tak semestinya umur seseorang itu muda dia tidak bertanggungjawab dan tidak semestinya jika seseorang itu dewasa atau tua bermaksud dia bertanggungjawab, soal tanggungjawab ini terpulang pada diri sendiri,”
– Harris Alif
Bercakap soal jodoh, Harris lebih selesa menyerahkan perkara terbabit kepada-Nya dan melihat ia sebagai satu ketentuan.
“Bab sebegini saya serahkan kepada kuasa Allah, kalau ada jodoh saya, Insya-Allah adalah, saya terima sahaja, kita doakan sahaja perkara baik-baik.
“Kalau ada apa-apa perkembangan, sudah tentu saya akan maklumkan selepas ini,”
– Harris Alif
Semoga segala perancangan kahwin Harris Alif dan Intan Ladyana berjalan lancar dan segalanya dipermudahkan.