Walaupun sudah hampir seminggu kejadian ini tular dan mendapat perhatian ramai pihak, namun sehingga ke hari ini masih ada yang tidak dapat memberikan jawapan siapakah empunya gerangan yang mengetuk pintu rumah mereka.
Difahamkan, penduduk semakin bimbang kerana gangguan terus merebak daripada beberapa kampung ke kawasan perumahan.
Sesetengah penduduk berpendapat ia adalah perbuatan hantu raya yang mencari tuan baru dan ada juga menganggap ia kerja pontianak.
Min harap tidak ada penduduk yang terserempak dengan hantu seperti yang diperkatakan oleh mereka.
Kalau Min sendiri berada dekat tempat kejadian, mesti menggigil seluruh badan sampai terkencing dalam seluar sebab terkejut dapat ketukan daripada tetamu tidak diundang.
Ketuk macam nak pecah pintu, bila buka tiada seorang pun dekat luar rumah, mahu tak mengelabah.
Semoga misteri ini akan cepat berakhir dan penduduk Sabak Bernama dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Kesian, mesti tiap-tiap malam penduduk tidak lena tidur.
Hantu atau makhluk bertopeng hantu?