in , ,

Filem AIR MATA TERAKHIR BUNDA, Memaparkan Kisah Kegigihan Seorang Ibu

Bercerita tentang kasih sayang seorang ibu tidak pernah habisnya. Kasih sayang dan pengabdian seorang ibu sejak anak dalam kandungan hinggalah seorang ibu itu menutup mata tiada kesudahannya. Doa seorang ibu terhadap anaknya membawa seribu rahmat dan tiada hijabnya di sisi Allah SWT.

Bercerita tentang kasih sayang seorang ibu tidak pernah habisnya. Kasih sayang dan pengabdian seorang ibu sejak anak dalam kandungan hinggalah seorang ibu itu menutup mata tiada kesudahannya. Doa seorang ibu terhadap anaknya membawa seribu rahmat dan tiada hijabnya di sisi Allah SWT.

Sentiasa membawakan program mengajak penonton berfikiran positif secara santai, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil mengisi slot Layar Asia menerusi tayangan filem Indonesia bertajuk “Air Mata Terakhir Bunda” yang diadaptasi dari novel best-seller berjudul sama karya Kirana Kejora.

Watak ibu, Sriyani (Happy Salma), gigih mewujudkan impiannya untuk menghantar anak-anaknya menjadi manusia yang mampu menghargai ilmu, kerja keras, dan kejujuran. Anak kesayangannya Delta, membesar sebagai lelaki dewasa yang memiliki cita-cita memenuhi impian ibunya dan membalas pengorbannya selama ini. Dia yakin syuga anak di bawah telapak kaki ibu.

Kisah perjalanan hidup Sriyani yang gigih ini memberi inspirasi kepada wanita yang menonton terutama seorang ibu. Berbagai momen menyentuh seperti kehilangan, pencarian, penemuan, dan perayaan pastinya membuat semua terharu. Menariknya karya yang dihasilkan berdasarkan kisah benar ini bakal meruntun emosi penonton  mengenai kekuatan sebuah harapan dan betapa berharganya keharmonian dalam keluarga. 

babak dalam filem Air Mata Terakhir Bunda

Filem ini menceritakan perjuangan dan pengorbanan seorang ibu yang mengambil tanggungjawab sebagai ibu dan ayah kepada dua orang anak lelaki iaitu Delta Sidoarjo lakonan Vino. G. Bastian dan Iqbal (Rizky Hanggono). Keluarga miskin ini tinggal di “Tanah Lumpur”, Sidoarjo sebuah pekan kecil Renokenongo. Nama Delta Santoso diberikan oleh Sriyani yang berharap nama tersebut akan menjadi do’a. 

Sriyani sorang ibu yang sabar dalam menghadapi masalah yang dihadapinya. Bermula sejak dirinya ditinggalkan suami kerana perempuan lain. Dia selalu mengajarkan dan mengingatkan kepada anak-anaknya bahawa “Kemiskinan bukan diterima begitu saja, tetapi harus dihadapi”. Sriyani melakukan pelbagai kerja untuk menampung kehidupan bersama-sama dua anaknya.

Iqbal anak sulongnya menjadi pendamping setia dan pendorong semangatnya. Dia memberi alasan kepada Delta bahawa ayah mereka telah meninggal dunia ketika Delta dalam kandungan ibunya. Namun terbit rasa bersalah sejak dia mengetahui ayahnya kini menjadi pengusaha kasut berjaya di daerah lain.  

Sriyani tidak pernah menampakkan kesedihan kepada kedua anaknya. Ia tidak mahu anaknya putus asa hanya kerana ketiadaan seorang ayah. Delta mengambil positif kehidupan mereka apatahlagi mengenangkan pengorbanan dilakukan ibu mereka. 

Kekuatan doa dan cinta seorang ibu memang dahsyat untuk anak-anaknya. Delta menyertai ujian tawaran biasiswa bagi pelajar baru di sebuah pusat perguruan. Meskipun ramai yang beranggapan dia akan diterima namun Delta tetap risau dengan pesaing yang ada. Berita baik akhirnya bila Delta berjaya mendapat biasiswa dan diterima melanjutkan pengajian di Institut Teknologi Sepuluh November (ITS) di Surabaya Jawa Timur.

Setelah Delta menyambung pengajiannya, ibunya semakin gigih bekerja. Sementara itu karier Iqbal bertambah baik. Kesibukan dengan kuliah membuatkan Delta sering tidak dapat pulang menjenguk ibunya di kampung. 

Masa berlalu akhirnya Delta menamatkan pengajian. Delta membelikan sepasang baju kebaya khas untuk Sriyani kerana mahu ibunya nampak cantik pada hari bersejarah dalam hidupnya itu. Iqbal juga memberitahu Delta bahawa dia akan hadir membawa ibunya untuk meraikan kejayaan Delta menerima segulung ijazah.

Delta mengirimkan baju kebaya kepada Iqbal untuk dipakai pada hari konvokesyen, tetapi Sriyani menolak dengan baik untuk memakainya. Tiba saat dinantikan Delta menantikan kehadiran ibu dan abangnya namun mereka masih juga belum tiba. Delta kerisauan apatahlagi nombot telefon abangnya tidak dapat dihubungi.

Sementara itu nun di sebuah rumah kecil, Sriyani nazak dan ditemui oleh Iqbal ibunya telah meninggal dunia. Masih bergunakah penyesalan Delta bila ibu yang banyak berkorban untuknya kini sudah tiada di dunia nyata? Ikuti kesudahannya pada 21 Disember ini, pukul 10.30 malam di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

airasia

AirAsia Raih Anugerah Datuk Bandar Miri Atas Sumbangan Ekonomi & Sosial Kepada Miri

Air Mata Khai Bahar dalam Video Muzik RATUKU