Dengan lebih daripada 32 juta jam tontonan, pencapaian ini membuktikan perkembangan jenama ‘Didi & Friends’ di persada antarabangsa yang amat menggalakkan sejak pelancarannya pada April 2017.
Penerbit ‘Didi & Friends’, Che Yusaidi Che Yusoff berkata,
“Sejak wabak COVID-19 melanda, kami melihat terdapat peningkatan dalam langganan di saluran YouTube Didi & Friends versi Bahasa Indonesia. Peminat-peminatnya turut menonton lebih kerap setiap hari. Menurut kajian kami, saluran ini bukan sahaja telah menerima sambutan yang baik dari negara jiran, malah menarik minat ekspatriat warga Indonesia yang menetap di Malaysia juga.
Kini, ‘fanbase’ Didi & Friends di Indonesia merupakan pasaran antarabangsa terbesar bagi siri animasi ini, dan saya mewakili Digital Durian bersyukur kerana dapat mengakhiri tahun 2020 ini dengan pencapaian berskala global.
Kami akan kekal komited untuk menghasilkan kandungan baharu bagi peminat-peminat Didi & Friends di seluruh dunia dengan penterjemahan ke pelbagai bahasa yang lain bagi kesemua platform di atas talian mahupun di kaca televisyen.
Digital Durian berhasrat untuk menjadi jenama animasi kanak-kanak Top 10 di dunia di YouTube, dan akan meneruskan semangat jitunya dalam penciptaan kandungan yang terbaik bagi peminat-peminatnya di Indonesia dan di seluruh dunia.”
– Che Yusaidi Che Yusoff
Selain daripada usaha-usaha pengedaran secara penyiaran tempatan dan di Indonesia, Didi & Friends juga boleh didapati dalam lima bahasa lain seperti Bahasa Inggeris, Thai, Sepanyol, Portugis dan Hindi. Siri animasi Didi & Friends bersiaran di Astro Ceria setiap Isnin, jam 11 pagi.
Kesemua episod Didi & Friends boleh distrim secara eksklusif bagi pelanggan Astro melalui aplikasi Astro GO.
Untuk maklumat lanjut mengenai Didi & Friends, layari www.didiandfriends.com.