Menerusi Instagram, penyanyi lagu Sesungguhnya Aku itu memuat naik tangkapan skrin ‘video call’ mereka serta turut menerima sepucuk surat dan buku yang ditulis sendiri oleh bekas mufti Wilayah Persekutuan itu.
Alhamdulillah.. Alif terima semangat baru hari ni, terima kasih yang tak terhingga kepada YB @drzulkifli.albakri sudi bertanya khabar melalui Facetime tadi.
“Dan sempat kirimkan surat dan buku untuk Alif baca sepanjang kuarantin,” tulisnya.
Tambah pelakon drama PIA itu, dia sangat terharu apabila Dr Zulkifli turut mendoakan kesihatan dirinya termasuk individu yang dijangkiti virus tersebut.
“Alhamdulillah terima kasih banyak-banyak semoga Allah SWT merahmati dan membalas jasa baik Ustaz Zul sekeluarga.. insyaAllah,” ujarnya.
Terdahulu, Alif yang tidak mempunyai sebarang gejala disahkan positif Covid-19 sebelum ditahan di Hospital Melaka pada Ahad lalu.