Selepas bapanya mengeluarkan kenyataan kurang 24 jam berita itu tular, kini penyanyi Caprice pula tampil dengan nasihat dan pandangan peribadinya.
Sebelum ini, Caprice sering memberi kata nasihat serta pendapat mengenai apa sahaja isu yang sedang hangat terjadi.
“Ini pendapat secara general, tak kisah la PU ke DA’I ke orang biasa ke memang takkan lari daripada kesilapan. Tapi bila kita ada title PU ke DA’I ke, YB ke, kena la pegang sifat-sifat yang terlibat pada title tersebut.”
Menurut Caprice sebagai seorang yang dikenali dan mempunyai gelaran terhormat sebegitu, mereka sepatutnya menunjukkan sikap yang baik dan bukannya menyalahgunakan gelaran atau pangkat yang dimiliki.
Baginya, sikap ‘jahat’ atau nakal dalam diri seseorang itu tidak sepatutnya diselindung disebalik gelaran yang baik.
Dalam masa yang sama, penyanyi lagu Takde Hal Bro itu sempat memberi pesanan kepada para gadis di luar sana supaya jangan mudah terperdaya untuk mengikut mana-mana lelaki pulang ke rumah.
“Pada gadis di luar sana kalau ada lelaki ajak makan sate pukul 12 malam, jangan pergi. Jawab balik dekat dia ‘maaf bang, pukul 12 macam ni sesuai buat solat taubat.’ “
Ada betulnya juga apa yang Caprice katakan tu, para gadis jangan suka-suka ikut lelaki yang kita tak kenal keluar tengah-tengah malam okay, tak kisah la dia ajak makan sate atau makan cendol sekali pun!