POCO mengatakan baterinya mampu bertahan sehingga 5 hari untuk penggunaan ringan dan 1.5 hari dengan penggunaan berat. Daripada segi pengecasan pula, POCO M3 akan dipasarkan dengan pengecas 22.5W dalam kotak. POCO M3 turut menyokong pengecasan berbalik bagi mengecas peranti lain menggunakan baterinya.
Skrin POCO M3 pula mempunyai resolusi Full HD+ dengan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90.34% dan dibuat daripada Corning Gorilla Glass 3. Untuk kamera pula, ia mempunyai fungsi Night Mode, Time-Lapse, Movie Frame, Colour Focus dan rakaman gerak perlahan sehingga 120fps.
Berikut adalah spesifikasi penuh untuk POCO M3:
- Cipset Qualcomm Snapdragon 662
- Skrin DotDrop 6.53 inci dengan resolusi Full HD+ (2340×1080)
- RAM 4GB
- Storan dalaman 64GB atau 128GB, boleh dibesarkan sehingga 512GB
- Kamera utama 48MP + kamera makro 2MP + sensor kedalaman 2MP
- Kamera swafoto 8MP
- Bateri 6,000mAh
- Pengecasan pantas 18W
- Sistem operasi MIUI 12 untuk POCO berdasarkan Android 10
- Dwi-pembesar suara dengan Hi-Res Audio
- Bicu audio 3.5mm
- Pengimbas cap jari di bahagian sisi
POCO M3 akan dijual di Malaysia pada harga RM599 (4GB+64GB) dan RM699 (4GB+128GB)bermula hari Jumaat, 27 November di Lazada atau Xiaomi Official Global Store. Nampaknya POCO berjaya menjual sebuah lagi telefon pintar dengan harga yang lebih murah berbanding telefon-telefon pesaingnya yang setaraf.