Sebagai salah satu syarikat penerbangan yang mengambil bahagian dalam pelan ini, AirAsia akan menawarkan e-baucar bernilai RM50 kepada 24,000 pelancong domestik yang dijangka akan memacu pelancongan domestik dan membantu menjana pendapatan perniagaan berkaitan dengan pelancongan seperti hotel, restoran, pengendali pelancongan dan banyak lagi.
E-baucar tersebut boleh ditebus di laman web kami, airasia.com tidak lama lagi. Ikuti kami di Twitter (twitter.com/airasia), Facebook (facebook.com/airasia) dan Instagram (instagram.com/airasia) untuk maklumat terkini.