Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Alif menerusi Instagramnya pagi tadi. Walau bagaimanapun, mereka tetap perlu menjalani kuarantin sendiri di rumah selama dua minggu.
Terima kasih yang mendokan
Dalam pada itu, pengacara Big Stage tersebut sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan dirinya serta keluarga memandangkan dia kini menjalani rawatan dan kuarantin di Melaka.
Alif Satar turut berdoa agar mereka yang prihatin terhadap keluarganya dengan memberikan kata-kata positif dilindungi daripada sebarang penularan.
Isteri agak khuatir
Sebelum ini, isteri kepada Alif, Shadila Halid ada meluahkan kegusaran terhadap keputusan ujian saringan yang dia dan anak-anak lakukan semalam di IG story.
Walau bagaimanapun, berkat doa dari semua, mereka disahkan negatif.
Terdahulu, Alif Satar telah memberi khabar dukacita kepada semua apabila dirinya disahkan positif Covid-19. Bukan itu sahaja, ibu, bapa dan adik bongsunya turut positif dan dirawat di Hospital SUngai Buloh.