Memilih Shiha Zikir dan Aishah bagi membawakan lagu 7 Nasihat (bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta) dan juga Bidadari Syurgamu, kedua-dua lagu tersebut berjaya menjadi perbualan hangat apabila dilontarkan dengan baik.
Betul ke Tulisan TokTi?
Sebelum berlangsungnya SFMM35 itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau mesra disapa TokTi telah menghantar kad ucapan terima kasih dan kata-kata semangat buat mereka semua.
Namun begitu, tulisan tangan yang tertera di kad tersebut pula menjadi perbulan di media sosial dan dianggap sangat cantik.
Cantiknya tulisan tangan ni
Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian yang dibuat oleh akaun peminatnya iaitu IniAlannn, rata-rata warganet telah memberikan pujian kepada tulisan tangan terbabit.
Mereka juga memberi kredit kepada TokTi kerana tetap humble dengan membahasakan diri dengan begitu mesra walaupun bergelar Datuk Seri.