Masing-masing juga sudah mengeluarkan kenyataan sebelum ini dengan mengiyakan masalah yang melanda dalam rumah tangga mereka.
Dalam kenyataan terbaru Syamsul kepada Harian Metro, selebriti berusia 36 tahun itu mengakui sudah tidak sebumbung dengan isterinya buat masa ini.
Sedang Perbaiki Hubungan
Walau bagaimanapun, dia memaklumkan bahawa mereka masih dalam proses memperbaiki hubungan tersebut kerana masing-masing tidak mahu ikatan yang terbina berakhir dengan penceraian lebih-lebih lagi sudah mempunyai cahaya mata.
“Sekarang ini, saya dan Sarah masih lagi dalam proses cuba memperbaiki hubungan kami. Pada ketika ini, kami berdua perlukan masa.â€
“Lagipun, tak ada orang dalam dunia ini yang mahu bercerai. Termasuklah saya dan Sarah, tak mahu bercerai. Tapi, kami perlukan masa sebab kena fikirkan anak-anak juga.†Tambah Syamsul.
Masih Sayang Isteri & Keluarga
Syamsul juga menyatakan amat menyayangi keluarganya terutama sekali anak-anak dan sudah pasti isteri tercinta.
Mohon Doa Dari Peminat
Ketika ini, dia terus giat berdoa agar hubungan mereka kembali pulih dan permasalahan yang sedang melanda dapat diselesaikan dengan baik.
Dikesempatan itu, Syamsul juga turut berharap agar para peminat diluar sana terus mendoakan keharmonian rumah tangganya bersama isteri dan anak-anak tersayang.
Terdahulu, tindakan Puteri Sarah yang telah pergi ke pejabat agama pada 20 September 2020 membuatkan peminatnya mulai curiga berkenaan rumah tangga pasangan ini.
Ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan masing-masing yang mengakui perkahwinan yang dibina pada Mac 2014 sedang dilanda badai.
Sumber: Harian Metro