PENYANYI Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin mendedahkan dia berasa hampir pitam ketika menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu di Semi Final Muzik Muzik 35 (SFMM35) yang berlangsung di Sri Pentas 2, Shah Alam, semalam. Beliau menyedari memikul tanggungjawab besar menyanyikan lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan mengakui bukan tugas mudah menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh seorang penyanyi terkenal. Dia perlu bersedia dengan pelbagai reaksi penonton terutamanya peminat.
“Selesai tanggungjawab yang sangat berat menyampaikan lagu Aku Bidadari Syurgamu… saya tahu macam-macam reaksi, ada yang suka ada yang tak suka. Saya rasa itulah risiko menyanyikan lagu orang yang popular.
– Aishah
Menurut Aishah, situasi itu terjadi mungkin disebabkan dia terlalu focus, penat dan kurang makan.
“Pejam celik, lima hari kemudian terus membuat persembahan dan jantung saya… Entahlah sama ada saya terlalu fokus, penat atau kurang makan tetapi ketika mula-mula nyanyi, saya angkat kepala tiba-tiba rasa berpusing dan nak pitam dari baris pertama ke baris kedua.
“Dalam masa sama, saya mula rasa hilang imbang dan dalam hati berharap tidak menjadi artis pertama yang pengsan di pentas ketika membuat persembahan.
“Saya tak tahu bagaimana nak meneruskan nyanyian dalam keadaan begitu. Serius ia rasa sangat menakutkan. Bagaimanapun Alhamdulillah saya dapat habiskan lagu itu dan tak hilang imbangan. Terima kasih ALLAH.
“Adakalanya memang mudah mengkritik tetapi tugasnya bukanlah semudah yang disangka,” ujarnya.
– Aishah
Berkongsi tawaran untuk menggantikan Siti di SFMM35, Aishah berkata, dia mendapat panggilan daripada pengurus Siti, Rozie, lima hari lalu.
“Permintaan untuk menyanyikan lagu ini datang daripada panggilan Rozie bagi pihak Siti Nurhaliza Production pada petang Isnin lepas.
“Sejujurnya saya pernah dengar lagu ini sekali ketika ia dilancarkan. Dan saya pula tak banyak menonton TV sekarang, jadi saya agak ketinggalan.
“Selepas itu Ippo pula menghubungi saya dan selepas berbincang serta berfikir sedaamnya, saya pun bersetuju untuk meneruskan.
“Bayangkan Selasa baru jumpa Ippo, Rabu terus buat latihan, Khamis fitting baju, otak saya hanya Aku Bidadari Syurgamu,” jelasnya.
– Aishah
Aishah berkongsi mengenai tawaran yang diterima menyanyikan lagu asal Siti Nurhaliza itu menerusi Instagram pada Ahad.
Aku Bidadari Syurgamu ciptaan Ippo Hafiz dan lirik Siti Rosmizah merupakan antara 30 lagu yang bertanding bagi merebut tempat ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35)
Sementara itu, Aishah memberitahu dia bersetuju menerima tawaran tersebut kerana tertarik dengan lirik lagu tersebut yang begitu puitis dan menyentuh jiwanya.
Selain itu, dia tidak mampu menolak permintaan Siti Nurhaliza iaitu seorang penyanyi yang cukup dikagumi.
Tambah Aishah, ada dua sebab utama dia bersetuju untuk menyanyikan Aku Bidadari Syurgamu.
“Perjalanan lagu Aku Bidadari Syurgamu sangat menyentuh hati saya. Sebagai isteri, saya juga mengimpikan untuk menjadi bidadari untuk orang tersayang.
“Sebab kedua saya menerima tentunya kerana Datuk Seri Siti Nurhaliza. Mana mungkin saya melepaskan peluang ini. Wanita ini masih kekal merendah diri biarpun sudah banyak melakar kejayaan,” katanya.
– Aishah
“Sudah tentunya sebagai seorang isteri kita impikan untuk menjadi bidadari untuk orang tersayang. Saya tak boleh nak ceritalah berapa banyak airmata gugur dik lirik lagu ini. Jalan cerita lagu ini sangat menyentuh hati saya.
“Sebab kedua saya menerima semestinya kerana Datuk Seri Siti, tak mungkin saya lepaskan peluang ini. Siti kekal merendah diri di sebalik segala kejayaannya, bagaimana untuk tidak mengaguminya. Siap beri ucapan good luck dan hantar makanan untuk kami selepas persembahan. Sweet kan?
“34 tahun menyanyi saya tak pernah terfikir untuk gementar sebegini… Allahuakbar buatnya telefon saya berdering tak henti, kemungkinan wartawan nak temubual hinggakan saya terpaksa bagi abang (suami) pegang telefon,” ujarnya.
– Aishah
Biarpun menerima reaksi pelbagai selepas membawakan lagu itu semalam, Aishah berkata, ia adalah risiko menyanyikan lagu penyanyi popular.
Katanya, ia juga bukti bahawa mana-mana penyanyi tidak pernah berhenti belajar biarpun sudah 34 tahun berada di dalam industri sepertinya.
“Alhamdulillah,selesai sudah ‘tanggungjawab’ yang sangat berat menyampaikan lagu Aku Bidadari Syurgamu.
“Saya tahu macam-macam reaksi, ada yang suka, ada yang tak suka. Saya tasa itulah risiko menyanyikan lagu orang yang popular.
“Satu pengalaman yang banyak mengajar. Bukti bahawa awak tidak boleh berhenti belajar walaupun sudah 34 tahun berada di dalam industri. Ia satu ujian ketahanan dan disiplin dalam diri saya sebagai penyanyi,” jelasnya.
– Aishah
Dalam pusingan kedua yang berlangsung pada malam Sabtu, lagu nyanyian Shiha Zikir bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta berjudul 7 Nasihat diangkat menjadi lagu terbaik.
Lagu itu merupakan lagu kedua nyanyian asal Siti Nurhaliza yang layak bertanding di SFMM35.
Malam ini di hari terakhir pentas SFMM35 akan menyaksikan sembilan lagi lagu bersaing untuk merebut 12 tempat ke malam penentuan AJL35, Februari depan.