Setelah menang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 23, pelakon di bawah pengurusan MIG, Yana Samsudin semakin dikenali. Lakonannya di kaca TV tak putus-putus disiarkan. Habis satu drama, timbul pula drama yang lain. Pendekata, nama Yana Samsudin semakin meniti di bibir peminat.
Terbaru, Yana Samsudin memegang watak utama dalam Aku Masih Dara yang akan ditayangkan mulai 15 Disember 2010. Watak Aleesya seorang gadis seksi yang suka bersosial dan tidak bermoral serta bermasalah.
Kata Yana, dia sangat malu dan segan sebenarnya apabila perlu berkemban dalam filem ini. Itu semua dibuat atas cadangan pengarah yang mana mahu watak Aleesya betul-betul antagonis. Ini semua ada satu cabaran untuk Yana dan terpaksa menerima segala kritikan dari media dan penonton.
Mengikut pada jalan cerita, watak Aleesya akhirnya hilang dara setelah ditebuk oleh beberapa orang lelaki semasa dalam party seks atau party buih beramai-ramai.
Yana terpaksa berkemban dan pakai baju seksi bukan untuk menarik penonton datang ke pawagam tapi ini satu tanggungjawab yang perlu saya buat untuk memuaskan hati bagi menjayakan watak ini.
Pada awalnya, Yana tak suka dengan watak sebegitu. Tapi setelah berfikir panjang, dia menyahut cabaran tersebut. Yana berharap penonton tak salah tafsir kerana Yana dalam filem tak sama dengan Yana di luar filem. Harapan Yana juga, penonton dapat mengambil pengajaran dan menerima mesej berguna dalam filem ini.
Selepas Aku Masih Dara, Yana akan muncul pula dengan lakonan yang juga cukup mencabar dalam filem KONGSI.