in

Siti Nurhaliza Lancar Produk Celergen Sity Avita

Siti Nurhaliza Percaya Sepenuhnya pada Celergen – Penokok Pemakanan Terapi Sel Marin Swiss Termaju.

Semua orang impikan hidup yang bersemangat serta bertenaga tanpa mengira usia. Selebriti ikon Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza semakin jelita dan lincah, masih mengekalkan kejelitaannya dalam lingkungan usia 30an kelihatan lebih muda dan bertenaga dari usia sebenarnya.

Siti kelihatan awek muda serta mempamerkan aura keremajaan dan bertenaga yang berpanjangan.

Walaupun Dato’ Siti Nurhaliza memiliki wajah yang semulajadi cantik serta telah menapak lama dalam bidang seni persembahan, dia selalu berusaha untuk mengekalkan keremajaan dan kejelitaan wajahnya.

siti nurhaliza

Selain menggunakan SimplySiti, Siti percaya bahawa kecantikan dan keserian wajah berpunca daripada apa yang kita makan. Oleh itu, mengikut Siti Nurhaliza, beliau telah mengambil Celergen, sejenis penokok pemakanan Anti Penuaan dan Terapi Sel Marin termaju dari Switzerland.

Celergen merupakan sistem rawatan Terapi Sel yang menakjubkan yang bertujuan menyekat dan menghalang, memperbaiki dan mengekalkan, membina semula dan memulihkan tanpa mengira usia.

Video Sekitar Pembukaan Sity Avita Part 1

Video Sekitar Pembukaan Sity Avita Part 2

Setelah mengambil Celergen selama lebih dari setahun, Dato’ Siti Nurhaliza mengalami kesan yang menakjubkan dan luar biasa termasuk peningkatan tahap tenaga, keseriaan wajahnya yang ketara serta kesihatannya secara keseluruhan yang bertambah baik. Sekarang ini, Siti menjadi pengguna setia dan penyokong kuat Celergen. Kini, beliau mengorak satu lagi langkah dalam bidang perniagaan dengan melabur untuk satu lagi produk pemakanan kesihatan, Avita.

Keyakinan dan semangat Siti menarik minat orang ramai untuk mengalami manfaat Celergen yang menakjubkan telah mendorong serta menggerakkan hatinya untuk menjadi rakan niaga dalam Sity Avita Sdn Bhd.

Dibuka di Malaysia dengan nama Sity Avita, beliau merupakan antara pengamal pengambilan Celergen, sejenis penokok antipenuaan dan terapi sel marin termaju dari Switzerland. Selain menggunakan produk penjagaan kulit jenama peribadinya, SimplySiti, beliau percaya bahawa kejelitaan dan keremajaan kulit berpunca daripada apa yang kita makan. Oleh itu sejak Jun 2009, Siti mengamalkan pengambilan produk tersebut.

Hari Pertama Makan Pil Celergen Sity Avita. Harap Aku Lebih Muda dari Biasa!

Semalam adalah Hari Pertama Budiey ambil Celergen Sity Avita. Harap Aku Lebih Muda dari Biasa!

Setelah mengambil Celergen selama lebih setahun, Siti mengalami kesan yang menakjubkan dan luar biasa termasuk peningkatan tahap tenaga, keserian wajahnya yang ketara serta kesihatannya secara keseluruhan yang bertambah baik.

Keyakinan serta semangat Siti menarik minat orang ramai untuk mengalami sendiri manafaat Celergen yang menakjubkan telah mendorong serta menggerakkan hatinya untuk menjadi rakan niaga dalam Sity Avita Sdn. Bhd.

Pada hari Sabtu lalu 27 November lalu, Sity Avita telah dilancarkan. Pembukaan rasmi Sity Avita Sdn Bhd menandakan permulaan perkongsian yang menarik antara Dato’ Siti Nurhaliza dan Avita.

siti nurhaliza

Menggunakan nama Siti Nurhaliza dalam nama syarikat tersebut di Malaysia iaitu Sity Avita Sdn. Bhd., penyanyi nombor satu negara itu akui berbangga apabila syarikat induknya yang beroperasi di Singapura mahu menggunakan namanya.

“Ia merupakan persetujuan bersama dan Siti berbangga terlibat dalam pelaburan syarikat ini. Yang paling utama adalah produk tersebut yang meyakinkan.” ujar Siti. via Portal GUA

Syarikat Avita sebenarnya telah beroperasi di Malaysia sejak awal 2008 dan sudah bertapak di rantau Singapura, Taiwan, Jepun, Australia, Hong Kong, Filipina dan Indonesia.

Walaupun Simply Siti baru berusia 8 bulan, namun tekad wanita bersuara emas itu dalam bidang perniagaan nampaknya bersungguh-sungguh. Janjinya, dia mahu memberikan sepenuh tumpuan untuk kedua-dua bidang perniagaan tersebut kerana terbukti produknya amat berkesan. Menurutnya, antara rakan artis yang menggunakan produk tersebut ialah teman baiknya, Kris Dayanti.

“Kalau boleh Siti mahu kedua-duanya berjaya. Ia diakui sendiri oleh KD apabila dia menggunakan produk tersebut. Kata KD ia amat berkesan terutamanya bagi yang memerlukan tenaga yang lebih.”

Yakin bidang nyanyian yang diceburinya sejak 15 tahun lalu belum tentu menjadi masa depannya, Siti percaya jika bakat yang ada itu diuruskan dengan baik akan memberikan pulangan yang besar sama seperti yang pernah beliau lalui.

“Ada dua pandangan. Siti sendiri melihat yang menyanyi itu memberikan jaminan yang baik untuk Siti kerana Siti telah melaluinya selama 15 tahun dan banyak kejayaan yang telah dicapai. Karier nyanyianlah yang banyak memberikan Siti kehidupan yang baik tetapi kena cara yang betul. Kita perlu tahu bagaimana untuk menguruskannya untuk menjadi satu cabang perniagaan yang baik. Tetapi sampai bila Siti harus menyanyi. Oleh itu apabila sampai satu ketika yang terbaik, Siti mengambil keputusan untuk menjadi ahli perniagaan dalam bidang kecantikan. Kita boleh mempelbagaikan karier dan pernigaan ini untuk kebaikan kita sendiri.” tambah Siti lagi.

Syarikat ini juga menawarkan pelbagai produk kesihatan yang menyeluruh daripada kategori teras seperti penokok pemakanan untuk kesihatan, produk Aromaterapi, minyak pati herba Ubat Tradisional Cina TCM dan produk penjagaan kulit yang diagihkan menerusi rangkaian seluas 10,000 pengedar seluruh dunia.

Siti Nurhaliza  Sity Avira Launching

Siti Nurhaliza  Sity Avira Launching

Siti berharap dengan penglibatannya dalam Sity Avita, lebih ramai rakyat Malaysia akan mendapat manfaat luar biasa daripada Celergen serta menikmati hidup dengan kecergasan, kegembiraan serta kejelitaan yang berpasangan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Promosi JOM JIMAT Together-gether Serverfreak

Airasia Launches Year-End Promo