Selepas aksi tarian menjadi fenomena, pemuda yang dikenali sebagai Bobo itu antara terawal tular menghasilkan parodi di media sosial sehingga disunting syarikat produksi, Metrowealth Pictures (MiG).
Namun setelah hampir sedekad, Bobo atau nama sebenarnya Mohamad Farezzul Mohamad Kasim tampil membuat semula parodi lagu tersebut di aplikasi TikTok baru-baru ini.
Penampilan pemuda berusia 27 tahun itu mengejutkan ramai warganet selepas lama menghilang tanpa khabar berita, malah kelihatan semakin aktif memuat naik video di aplikasi berkenaan.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat semula kemunculan Bobo yang disifatkan ‘lejen’ selepas mencetuskan fenomena dengan aksi parodinya.
Selamat kembali rakan masa kecilku!